Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475716
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMasni Mohd Ali, Dr.-
dc.contributor.authorNorfariza Humrawali (P41317)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:15Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:15Z-
dc.date.issued2015-07-
dc.identifier.otherukmvital:84596-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475716-
dc.descriptionSejumlah 34 sampel sedimen permukaan telah diambil daripada muara Sungai Selangor untuk mengenal pasti sumber dan variasi sebatian-sebatian sterol dan alkohol lemak. Sampel kemudiannya diekstrak dan dianalisis menggunakan kromatografi gas- spektrometri jisim (GC-MS). Julat jumlah kepekatan sterol adalah dari 0.13 sehingga 2450.98 μg/g berat kering sedimen manakala alkohol lemak dari 1.42 sehingga 2308.38 μg/g. Secara keseluruhannya, lokasi kajian didominasi oleh fitosterol, alkohol lemak berantai panjang (C21-C24) dan fitol yang merupakan penunjuk bagi bahan organik terestrial. Ini turut ditunjukkan oleh Indeks Sumber Sterol (SSI), Indeks Sumber Alkohol (ASI) serta nisbah alkohol lemak rantai pendek/rantai panjang. Walaupun sebahagian besar lokasi kajian adalah persekitaran sungai, sebatian daripada sumber marin iaitu dinosterol, brassikasterol serta alkohol lemak berantai pendek (C12-C20) juga dikenal pasti hadir tetapi pada kepekatan yang lebih rendah. Penilaian pencemaran kumbahan di kawasan kajian turut dikaji menggunakan sterol daripada sisa kumbahan seperti koprostanol, epikoprostanol dan kolestanol bersama-sama dengan sebatian alkohol lemak bercabang. Kawasan kajian didapati tidak mengalami pencemaran kumbahan berdasarkan kepekatan sebatian-sebatian tersebut dan indeks yang digunakan. Nisbah karbon/nitrogen (C/N) juga menunjukkan bahawa kandungan bahan organik daripada sumber terestrial adalah tinggi. Analisis komponen utama (PCA) yang dijalankan ke atas kesemua sebatian telah berjaya mengkategorikan lokasi kajian kepada tiga sumber bahan organik iaitu terestrial, alga dan campuran di antara marin, bakteria serta sisa kumbahan. Kajian ini menunjukkan kehadiran sterol serta alkohol lemak di lokasi kajian adalah berpunca daripada pelbagai sumber walaupun lebih didominasi oleh input daripada sumber terestrial.,Master / Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSterols-
dc.titleVariasi sterol dan alkohol lemak di dalam sedimen permukaan muara Sungai Selangor, Selangor-
dc.typeTheses-
dc.format.pages131-
dc.identifier.callnoQP752.S75.N647 2011-
dc.identifier.barcode001955-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.