Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475714
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rosiati binti Ramli, Dr. | - |
dc.contributor.author | Syatila Che Saruji (P55549) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:41:14Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:41:14Z | - |
dc.date.issued | 2015-04-28 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84361 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475714 | - |
dc.description | Kewajipan membayar zakat terbahagi dua jenis zakat iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah ditunaikan oleh orang Islam setahun sekali di bulan Ramadhan, manakala zakat harta terbahagi kepada sepuluh jenis zakat iaitu zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat emas dan perak (termasuk perhiasan), zakat binatang ternakan, zakat buah-buahan dan biji-bijian, zakat galian, zakat rikaz (harta karun), zakat saham dan zakat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP). Walaupun terdapat sepuluh jenis zakat harta, kajian berkaitan zakat harta di Malaysia sebelum ini hanya tertumpu kepada zakat pendapatan dan zakat perniagaan. Tahap kepatuhan kepada pembayaran zakat wang simpanan, zakat saham, zakat emas dan perak serta zakat KWSP adalah rendah dan kekangan ini mungkin berpunca daripada tahap pengetahuan yang rendah memandangkan terdapat masyarakat Islam yang hanya tertumpu kepada pembayaran zakat fitrah sahaja. Kajian ini dijalankan bagi mengukur tahap kepatuhan terhadap zakat harta terutama zakat wang simpanan, zakat saham, zakat emas dan perak serta zakat KWSP di kalangan profesional Muslim terutama di Lembah Klang. Kajian ini menggunakan teori gelagat terancang yang di bangunkan Ajzen (1991; 2005) bagi mengkaji peranan sikap, norma subjektif dan kawalan gelagat ditanggap terhadap niat kepatuhan zakat harta dan perkaitan niat dan kawalan gelagat ditanggap dengan gelagat kepatuhan zakat harta (selain zakat perniagaan dan zakat pendapatan) di kalangan kumpulan profesional Muslim khususnya di Lembah Klang. Hasil menunjukkan sikap dan kawalan gelagat ditanggap merupakan faktor yang paling signifikan dalam mempengaruhi niat kepatuhan manakala norma subjektif tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan niat kepatuhan zakat. Selain itu, niat didapati faktor yang paling penting dalam mempengaruhi gelagat kepatuhan terhadap zakat harta. Implikasi kajian ini diharap dapat membantu pembuat dasar untuk menjadi lebih cekap dan berkesan dalam mengumpul dan mengagihkan bantuan zakat dan mencari jalan untuk memujuk pembayar zakat untuk menunaikan kewajipan mereka untuk membayar zakat.,Tesis (Sarjana Perakaunan) | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Zakat Fitrah | - |
dc.subject | Zakat Harta | - |
dc.subject | Zakat - Malaysia. | - |
dc.title | Gelagat kepatuhan terhadap zakat harta dalam kalangan profesional Muslim di Lembah Klang | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 97 | - |
dc.identifier.callno | BP180 .S974 2015 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.