Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475713
Title: Hubungan rangkaian pengarah dan prestasi korporat
Authors: Roslina Yati Mansor
Supervisor: Norman Mohd. Saleh, Prof. Dr.
Keywords: Kronisme sosial
Corporate governance - Malaysia.
Issue Date: 14-May-2015
Description: Hubungan saling pengaruh atau berkongsi ahli lembaga pengarah, merupakan antara isu dalam tadbir urus korporat yang penting. Menurut teori pergantungan sumber, hubungan saling pengaruh boleh menjadi sumber kepada syarikat sesuai dengan persekitaran perniagaan di Malaysia yang bercirikan ekonomi berangkai (networked economy). Justeru, ahli lembaga pengarah yang mempunyai hubungan saling pengaruh boleh berperanan sebagai penghubung kepada sumber luaran organisasi. Sebaliknya, sesetengah hubungan saling pengaruh turut boleh dikaitkan dengan kronisme sosial. Maka, penyiasatan perlu dilakukan untuk melihat pertembungan antara dua penjelasan ini. Secara khusus kajian ini bertujuan untuk memeriksa pengaruh corak hubungan dan konsentrasi hubungan saling pengaruh ke atas prestasi syarikat. Hasil kajian menunjukkan bahawa hubungan saling pengaruh oleh pengarah bukan eksekutif, dan konsentrasi hubungan saling pengaruh tidak mempengaruhi prestasi syarikat. Sementara itu, hasil kajian juga mendapati hubungan rangkaian oleh pengarah eksekutif mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan prestasi syarikat. Keputusan ini membuktikan pengarah eksekutif yang juga pengarah kepada syarikat luar, dikatakan berada dalam kedudukan yang mungkin meningkatkan berlakunya risiko konflik kepentingan. Kajian ini tidak selari dengan idea modal sosial berhubung kesan rangkaian kepengarahan, kerana ia menyokong kajian lalu mengenai kronisme dalam rangkaian pengarah.,Tesis (Sarjana Perakaunan)
Pages: 198
Call Number: HD2741.R667 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.