Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475712
Title: Perlaksanaan musharakah mutanaqisah di Bank Islam Brunei Darussalam menurut perspektif Islam
Authors: Nur Safiah Amanina Haji Su'ut (P64004)
Supervisor: Ahmad Dahlan Salleh, Dr.
Keywords: Musharakah mutanaqisah
Perbankan
Banks and banking
Religious aspects
Islam.
Issue Date: 29-Sep-2015
Description: Produk pembiayaan perumahan Mush�rakah Mutan�qi�ah di BIBD merupakan satu kontrak hibrid yang menggabungkan empat kontrak iaitu kontrak perkongsian (al- Mush�rakah), kontrak sewaan (al-Ij�rah), kontrak jual beli (al-Bayc) dan kontrak perwakilan (al-Wak�lah). Namun perlaksanaan kontrak Mush�rakah Mutan�qi�ah menimbulkan beberapa persoalan mengenai ketidakseimbangan dalam nisbah hak pemilikan perkongsian yang boleh memberi kesan kepada pihak yang berkontrak, isu mengenai penetapan kadar bayaran sewa, penggunaan kontrak Ij�rah Maw��fah fi al- Zimmah dan penalti dalam perlaksanaan produk ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti prinsip Mush�rakah dalam fiqh, mengkaji perlaksanaan Mush�rakah Mutan�qi�ah sebagai pembiayaan perumahan di BIBD dan menganalisis isu-isu yang berkaitan dengannya. Kajian ini dibuat berdasarkan metod kepustakaan iaitu pengumpulan data dari kitab-kitab tur�th, kitab-kitab kontemporari, jurnal dan tesis untuk mendapatkan sumber-sumber yang sahih dan jelas, begitu juga kajian ini merujuk kepada dokumen perjanjian dan metod temubual bersama pegawai pemasaran dan pegawai bahagian Syariah di BIBD. Dapatan kajian mendapati bahawa pembiayaan Mush�rakah Mutan�qi�ah di BIBD mempunyai dua konsep iaitu jual beli dan sewa. Kajian juga mendapati bahawa perlaksanaan Mush�rakah Mutan�qi�ah di BIBD belum mencapai Maq�sid al-Shar�cah. Kajian mendapati bahawa kadar sewa bagi produk Mush�rakah Mutan�qi�ah ini adalah sebanyak 4.5% sebagaimana yang ditentukan oleh AMBD. Walaubagaimanapun BIBD didapati tidak mampu bebas dari pengaruh kadar faedah sama seperti yang dilaksanakan oleh bank-bank konvensional. Kajian juga mendapati BIBD menggunakan lafaz sewa dan bukannya Salam ketika berakad dalam kontrak Ij�rah Maw��fah fi al-Zimmah bagi rumah dalam pembinaan. BIBD juga didapati tidak mengenakan penalti jika pelanggan lewat atau gagal membuat pembayaran pada waktunya.,Tesis (Sarjana Pengajian Islam)
Pages: 132
Call Number: BP158.P3.N845 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.