Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475711
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRoziah binti Sidik, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNurliyana Mohd Talib (P62601)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:12Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:12Z-
dc.date.issued2015-08-21-
dc.identifier.otherukmvital:84358-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475711-
dc.descriptionEurosentrisme ialah satu ideologi pemikiran yang disebarkan oleh Eropah dengan tujuan mengangkat dan meninggikan martabat budaya dan ketamadunan masyarakat Eropah. Ideologi ini tersebar luas pada abad ke-19M menerusi pelbagai medium, terutama menerusi penulisan para sarjana Orientalis. Reinhart Dozy (1820-1883M) ialah antara sarjana Orientalis Belanda abad ke-19M yang telah menghasilkan sebuah karya agung mengenai sejarah Islam di al-Andalus berjudul Spanish Islam: A History of the Muslims in Spain. Namun begitu, penulisan beliau ini dilihat telah dipengaruhi dengan ideologi Eurosentrisme dalam pemaparan sudut negatif terhadap sejarah dan tamadun Islam. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk meneliti konsep Eurosentrisme dalam penulisan Orientalis terhadap bidang sejarah dan tamadun Islam, di samping menilai ketokohan dan sumbangan Reinhart Dozy sebagai sarjana Orientalis. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji bentuk penceritaan karya Spanish Islam dan menganalisis kewujudan pengaruh Eurosentrisme dalam karya Spanish Islam. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi metode kajian sejarah dan analisis kandungan dengan melakukan penelitian khusus terhadap karya Spanish Islam. Data-data lain yang dikaji adalah berdasarkan sumber-sumber primer dan sekunder yang kemudiannya dianalisis menggunakan pendekatan kritikan luaran dan kritikan dalaman. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa penulisan Spanish Islam yang dihasilkan oleh Dozy telah dipengaruhi ideologi Eurosentrisme yang menular pada abad ke-19M. Ciri-ciri Eurosentrisme yang terdapat dalam penulisan Dozy ini adalah mengabai dan merendahkan nilai masyarakat Islam, menyifatkan masyarakat Islam sebagai despotisme serta mengukur dan mentafsir sejarah Islam mengikut perspektif dan imaginasi Barat. Justeru itu, ciri-ciri ini menjadikan karya Spanish Islam ini sebagai satu sumber sejarah dan tamadun Islam yang dipengaruhi dengan ideologi Eurosentrisme, khususnya sejarah selain dari era pemerintahan Islam di al-Andalus. Sumbangan kajian ini dapat memberi kesedaran kepada para pengkaji sejarah dan tamadun Islam, khasnya di al-Andalus dan Afrika Utara mengenai kewujudan Eurosentrisme dan penyalahtafsiran fakta yang terdapat dalam penulisan para Orientalis.,Tesis (Sarjana Pengajian Islam)-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectEurosentrisme-
dc.subjectSpain-
dc.subjectHistory-
dc.subject711-1516.-
dc.titleEurosentrisme dalam Spanish Islam :a history of the Muslims in Spain karya Reinhart Dozy (1820-1883M)-
dc.typeTheses-
dc.format.pages159-
dc.identifier.callnoDP102.D73.N846 2015-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.