Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475710
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFaudzinaim b. Badaruddin, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorThahirah Hassan Basri (P56881)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:12Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:12Z-
dc.date.issued2015-01-23-
dc.identifier.otherukmvital:84357-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475710-
dc.descriptionZikir yang bererti sebut dan ingat kepada Allah SWT merupakan satu amalan yang mudah dilakukan serta mempunyai banyak fadilat. Oleh sebab itu, sewajarnya ia dijadikan amalan harian bagi umat Islam. Justeru, kajian ini memfokuskan amalan zikir dalam pembangunan sahsiah pelajar Muslim di sekolah menengah harian di Seremban. Kajian ini mempunyai empat objektif. Pertama, untuk mengetahui tahap kefahaman amalan zikir dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian. Kedua, untuk mengkaji tahap pengamalan zikir dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian. Ketiga, untuk menganalisis faktor-faktor pendorong dan bukan pendorong dan bukan pendorong amalan zikir dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian dan keempat, untuk menganalisis hubungan amalan zikir dengan pembentukan sahsiah pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual bagi mengumpul dan memperoleh data. Seramai 206 orang pelajar dipilih sebagai peserta kajian melalui persampelan bertujuan. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif menggunakan frekuensi, peratus dan min. Secara keseluruhan, analisis dapatan kajian menunjukkan tahap amalan zikir dalam kalangan pelajar adalah sederhana. Dapatan ini menunjukkan pelajar yang mengamalkan zikir dalam kehidupan seharian tidak mempunyai masalah disiplin dan mempunyai sahsiah yang baik. Analisis dapatan deskriptif menunjukkan tahap kefahaman amalan zikir dalam kalangan pelajar adalah tinggi. Dapatan kajian berkaitan tahap amalan zikir pelajar pula adalah sederhana. Dapatan kajian berkaitan dengan faktor pendorong amalan berzikir ialah ingin hidup selamat dunia akhirat, mendapat pahala dan ingin cemerlang dalam peperiksaan. Manakala faktor bukan pendorong pula ialah kurang galakan daripada guru Pendidikan Islam, tidak meminati subjek Pendidikan Islam dan tidak tahu faedah berzikir. Dapatan kajian berkaitan hubungan zikir dengan pembentukan sahsiah pelajar pula menunjukkan pelajar yang kerap mengamalkan zikir membentuk sahsiah yang tinggi. Implikasi kajian ini menunjukkan pelajar yang kerap mengamalkan zikir mempunyai sahsiah yang baik. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kekerapan amalan zikir dengan bentuk sahsiah pelajar.,Tesis (Sarjana Pengajian Islam)-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectZikir-
dc.subjectSakhsiah Pelajar-
dc.subjectStudents. Conduct of life-
dc.titleAmalan zikir dalam pembangunan sahsiah pelajar :kajian di sekolah-sekolah menengah harian di Seremban-
dc.typeTheses-
dc.format.pages121-
dc.identifier.callnoBP183.3 .T484 2015-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.