Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475709
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Kaseh Bt Haji Abu Bakar. Dr. | - |
dc.contributor.author | Noorazi Rani (P53057) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:41:11Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:41:11Z | - |
dc.date.issued | 2015-09-28 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84355 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475709 | - |
dc.description | Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggunakan pendekatan Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) bagi program Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) j-QAF. Bahan pembelajaran utama yang digunakan ialah Modul Pembelajaran Kendiri termasuklah mata pelajaran bahasa Arab. Namun kajian tentang Modul Pembelajaran Kendiri berbahasa Arab amat kurang dijalankan terutama yang melibatkan kajian berkaitan kebolehbacaan teks dalam modul. Maka kajian ini dilakukan untuk mengukur tahap kebolehbacaan teks yang terdapat dalam Modul Pembelajaran Kendiri bagi Mata Pelajaran Bahasa Arab Minor KPLI j-QAF yang merupakan bahan utama pembelajaran bagi guru pelatih KPLI j-QAF dan melihat faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehbacaan modul tersebut. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap kebolehbacaan teks bahasa Arab dalam Modul Pembelajaran Kendiri Mata Pelajaran Bahasa Arab Minor Kursus Perguruan Lepas Ijazah (j-QAF); mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap kebolehbacaan teks bahasa Arab berdasarkan jantina, keluaran universiti dan umur; mengenal pasti sama ada wujud hubungan antara tahap kebolehbacaan teks bahasa Arab dengan kekerapan pernah mempelajari tajuk ujian, dan antara keluaran universiti (dalam negara/luar negara) dengan tahap kebolehbacaan teks bahasa Arab. Sebanyak 27 buah Institut Pendidikan Guru Kampus di seluruh Malaysia yang melibatkan 320 orang guru pelatih KPLI j-QAF dijadikan responden kajian. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah persampelan rawak kluster berstrata dua peringkat melalui satu prosedur ujian yang di namakan sebagai ujian kloz. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kebolehbacaan Modul Pembelajaran Kendiri Bahasa Arab Minor KPLI j-QAF adalah pada tahap kecewa iaitu teks yang digunakan tidak sesuai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta bacaan bebas. Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebolehbacaan teks bahasa Arab berdasarkan jantina dan umur, namun tahap kebolehbacaan teks bahasa Arab adalah signifikan berdasarkan keluaran universiti; manakala wujud hubungan antara tahap kebolehbacaan teks bahasa Arab dengan kekerapan pernah mempelajari tajuk ujian, dan antara keluaran universiti (dalam negara/luar negara) dengan tahap kebolehbacaan teks bahasa Arab. Berdasarkan dapatan kajian tersebut dapatlah dirumuskan bahawa faktor utama yang menentukan kebolehbacaan modul pembelajaran kendiri bahasa Arab sebagai bahasa asing adalah tahap kemahiran membaca bahasa Arab.,Tesis (Sarjana Pengajian Islam) | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Pendidikan Bahasa Arab | - |
dc.subject | Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) j-QAF | - |
dc.subject | Arabic language | - |
dc.subject | Study and teaching. Foreign speakers | - |
dc.title | Tahap kebolehbacaan teks modul pembelajaran kendiri mata pelajaran Bahasa Arab minor program KPLI j-QAF | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 137 | - |
dc.identifier.callno | PN204.N64 2015 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.