Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475708
Title: Kompetensi guru pendidikan Islam dalam membimbing kepimpinan pelajar menerusi aktiviti kokurikulum
Authors: Nurul Subhiyah Abdul Wahab (P69622)
Keywords: Pendidikan Islam
Kokurikulum
Educational leadership
Issue Date: 18-Aug-2015
Description: Peranan guru penasihat dalam membimbing aktiviti kokurikulum di sekolah amat penting bagi membentuk kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar. Namun, kajian sebelum ini mendapati bahawa sebahagian guru menganggap tugas membimbing aktiviti kokurikulum sesuatu yang membebankan seterusnya boleh menyebabkan tugasan akan terabai. Guru Pendidikan Islam yang telah diajar dengan konsep amanah dipercayai dapat melaksanakan tugas membimbing kepimpinan pelajar dengan baik. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji kompetensi Guru Pendidikan Islam dalam membimbing kepimpinan para pelajar menerusi aktiviti kokurikulum. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan rekabentuk kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama. Ia melibatkan 110 orang Guru Pendidikan Islam daripada seluruh sekolah menengah di kawasan Kangar, Perlis sebagai responden yang dipilih secara rawak mudah. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan perisian SPSS versi 21.0 dan dapatan dipersembahkan secara deskriptif melalui bentuk kekerapan, peratusan dan min (purata). Hasil kajian mendapati Guru Pendidikan Islam adalah berkompetensi dalam membimbing kepimpinan pelajar menerusi aktiviti kokurikulum melalui tiga aspek utama iaitu peranan mereka yang berkesan, pengurusan yang efisyen dan hubungan yang baik antara pelajar dan guru. Aspek kompetensi yang paling tinggi dipersetujui oleh Guru Pendidikan Islam dalam membimbing kepimpinan pelajar ialah peranan Guru Pendidikan Islam membimbing pelajar (min = 3.4597) kemudian diikuti oleh pengurusan dalam bidang kokurikulum (min = 3.0909) dan hubungan antara Guru Pendidikan Islam dan pelajar (min = 3.0691) . Kajian ini mendapati bahawa Guru Pendidikan Islam mampu membimbing pelajar dalam memenuhi piawaian bimbingan yang telah ditetapkan dalam aktiviti kelab, persatuan dan Badan Beruniform. Hubungan mereka yang baik dengan pelajar berasaskan kepada konsep al-dacwah al-fardiyyah mampu menerapkan nilai-nilai kepimpinan dan akhlak Islamiyah. Berasaskan kepada kompetensi yang tinggi di kalangan Guru Pendidikan Islam dalam membimbing kepimpinan pelajar menerusi aktiviti kokurikulum, mereka boleh diberi lebih banyak peluang dalam membimbing pelajar dalam aktiviti seperti ini.,Tesis (Sarjana Pengajian Islam)
Pages: 120
Call Number: LB1025.3.N845 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.