Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475707
Title: | Daif sunan al-Tirmidhi oleh Sheikh al-Albani (1999/1420H) dan kesan daripada shawahid al-Imam al-Tirmidhi |
Authors: | Mohd Sophian Ismail (P67079) |
Supervisor: | Ahamad Asamadi bin Sakat, Dr. |
Keywords: | Sunan al-Tirmidhi Hadith Hadith Forgeries Early works to 1800 |
Issue Date: | 25-May-2015 |
Description: | Sheikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani adalah seorang tokoh ulama Hadith yang masyhur pada zaman ini. Karya-karya beliau menjadi rujukan yang penting dalam bidang Hadith. Di antara kitab beliau ialah Da'if Sunan al-Tirmidhi. Kitab ini merupakan koleksi Hadith-hadith Sunan al-Tirmidhi yang dinilai da'if oleh Sheikh al-Albani. Namun begitu, pengkaji mendapati bahawa Sheikh al-Albani telah menilai semula Hadith-hadith tersebut dengan meninggalkan shawahidnya sepertimana yang beliau sendiri nyatakan di dalam kitab ini kerana memerlukan masa yang lama untuk mentakhrijnya sehingga menggambarkan seolah-olah hukumnya adalah dacif secara mutlak. Sedangkan sebahagian daripada Hadith-hadith ini sebenarnya memiliki shawahid yang telah dinyatakan oleh al-Imam al-Tirmidhi sendiri dalam Sunannya (Jamicnya). Shawahid ini penting dalam menjelaskan kedudukan sebenar (hukum muktamad) kepada sesuatu hadith yang mungkin dianggap sahih atau dacif. Objektif kajian ini ialah untuk memperkenalkan kitab Dacif Sunan al-Tirmidhi, mengkaji bentuk shawahid al-Imam al- Tirmidhi dan menganalisis Hadith dacif dalam kitab Dacif Sunan al-Tirmidhi yang ada harapan untuk diselamatkan dan dapat dinaikkan darjatnya menjadi Hadith hasan li ghayrih melalui shawahid al-Imam al-Tirmidhi berbanding mengambil terus Hadith yang dihukum oleh Sheikh al-Albani. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode analisis kandungan kitab Dacif Sunan al-Tirmidhi oleh Sheikh al- Albani. Kajian ini menfokuskan kepada 40 buah Hadith yang didacifkan oleh Sheikh al- Albani tetapi dihukumkan hasan oleh al-Imam al-Tirmidhi. Hasil kajian mendapati bahawa Hadith-hadith dacif tersebut sebenarnya boleh diselamatkan dengan kewujudan shawahid al-Imam al-Tirmidhi yang sahih seperti Hadith yang diriwayatkan oleh al- Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim. Terdapat tiga bentuk shawahid yang dibawa oleh al-Imam al-Tirmidhi dalam Jamicnya iaitu yang pertama secara jelas, yang kedua secara isyarat dan yang ketiga secara jelas dan isyarat. Dengan adanya jalur lain yang menguatkannya, maka status Hadith ini bertukar kepada hasan li ghayrih. Seterusnya menjelaskan bahawa tadcif Sheikh al-Albani ke atas Sunan al-Tirmidhi adalah tidak mutlaq. Implikasi kajian ini ialah dapat menyingkap manhaj Sheikh al-Albani dalam menghukum semula Hadith Jamic al-Tirmidhi dengan mengabaikan shawahid yang dinyatakan oleh al-Imam al-Tirmidhi di dalam Jamicnya. Maka, dengan ini pembaca tidak boleh berpada dengan Hadith yang didacifkan oleh Sheikh al-Albani sahaja.,Master / Sarjana |
Pages: | 258 |
Call Number: | BP136.4.M847 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.