Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475706
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhd Najib bin Abdul Kadir, Prof. Dr | - |
dc.contributor.author | Sausan Muhammad Sholeh (P53149) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:41:10Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:41:10Z | - |
dc.date.issued | 2015-07-10 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84352 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475706 | - |
dc.description | Pandangan masyarakat terhadap hak wanita terbahagi kepada dua bahagian. Pandangan yang pertama tidak memberi hak yang sepatutnya kepada wanita dan menganggap mereka kurang berperanan dalam masyarakat. Pandangan kedua pula lelaki dan perempuan mempunyai hak dan kewajipan yang sama dalam menjalankan peranan khalifah dan hamba Tuhan. Pemikiran Muhammad Mutawalli al-Shacrawi dan Muhammad Quraish Shihab mengenai isu-isu wanita boleh dianggap mewakili dua bahagian tersebut. Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan dua orang tokoh ini beserta sumbangan mereka dalam bidang tafsir serta pemikiran kedua-dua ulama ini dalam isu-isu yang berkaitan dengan wanita seperti hak bekerja, hak hijab, serta hak kepemimpinan. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan terhadap Tafsir al- Shacrawi, Tafsir al-Mishbah dan karya-karya kedua-dua tokoh yang lain. Data dianalisis dengan menggunakan metode induktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa al-Shacrawi meletakkan syarat darurat untuk membolehkan wanita bekerja di luar rumah. Manakala pemikiran Quraish Shihab tentang isu hak wanita bekerja adalah pemikiran yang selari dengan majoriti ulama iaitu bekerja mengikut keperluan wanita. Dari aspek hak hijab, al-Shacrawi mewajibkan hijab bagi wanita muslimah sedangkan Quraish Shihab cenderung kepada tidak mewajibkan hijab dan bersikap berdiam diri dalam menghadapi perbezaan ulama mengenai batasan aurat. Pemikiran Quraish Shihab selari dengan tokoh liberal dan pluralisme Mesir iaitu Muhammad Sacid al-Ashmawi. Dalam isu hak kepimpinan wanita untuk menjadi pemimpin Negara, al-Shacrawi menyatakan ia adalah hak kaum lelaki manakala Quraish Shihab membolehkan wanita memegang jawatan sebagai pemimpin negara. Kajian ini dapat memberi gambaran yang jelas berkenaan isu-isu wanita yang dihuraikan oleh kedua-dua ulama ini, supaya kaum wanita sentiasa menyedari bahawa Islam telah memberi hak dan peraturan yang sesuai untuk wanita. Implikasi kajian ini menunjukan beberapa aspek pemikiran Quraish Shihab dipengaruhi oleh liberal.,Master / Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Hak wanita | - |
dc.subject | Women in Islam | - |
dc.title | Pemikiran tafsir Muhammad Mutawalli al-Sharawi dan Muhammad Quraish Shihab terhadap permasalahan wanita | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 91 | - |
dc.identifier.callno | BP173.4.S245 2015 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.