Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475705
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Suhaila Zailani @ Hj.Ahmad, Dr. | - |
dc.contributor.author | Nur Pratiwi (P62602) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:41:09Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:41:09Z | - |
dc.date.issued | 2015-07-07 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84351 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475705 | - |
dc.description | Kursus PPPY1122 Maharat al-Muhadathah wa al-Khatabah merupakan salah satu subjek wajib bagi pelajar Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kursus ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran bertutur bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Namun demikian, didapati tahap kemahiran pertuturan pelajar masih berada pada tahap yang lemah walaupun secara umumnya mereka sudah mempelajari bahasa Arab semenjak di sekolah rendah lagi. Kajian ini bertujuan mengetahui tahap keresahan pelajar yang mengikuti kursus Maharat al-Muhadathah wa al-Khatabah, mengenalpasti faktor yang mempengaruhi keresahan pelajar yang mengikuti kursus Maharat al-Muhadathah wa al-Khatabah, dan meninjau cara atau teknik pengajaran Maharat al-Muhadathah wa al-Khatabah yang boleh menyumbang kepada keresahan pelajar. Kajian ini menggabungkan dua kaedah, kuantitatif dan kualitatif. Data diperoleh daripada tiga instrumen, iaitu borang soal selidik, temu bual, dan pemerhatian dalam kelas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keresahan pelajar Maharat al-Muhadathah wa al-Khatabah berada pada tahap yang rendah bagi faktor-faktor keresahan berkomunikasi dan keresahan terhadap penilaian negatif. Walau bagaimanapun, tahap keresahan pelajar bagi faktor perasaan umum terhadap keresahan berada pada tahap yang tinggi. Dapatan lain pula menunjukkan bahawa kaedah atau cara pengajaran yang digunakan oleh guru turut mempengaruhi tahap keresahan pelajar. Kajian ini diharapkan dapat memberi implikasi kepada para guru untuk memilih kaedah atau cara pengajaran yang tidak menyumbang kepada keresahan pelajar. Begitu juga para pelajar dapat bersikap positif dan berusaha mengatasi keresahan semasa proses pembelajaran.,Master / Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Maharat al-muhadathah wa al-khatabah | - |
dc.subject | Kemahiran Bahasa Arab | - |
dc.subject | Arabic language | - |
dc.subject | Study and teaching (Higher) | - |
dc.title | Tahap keresahan pelajar dalam kelas maharat al-muhadathah wa al-khatabah | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 141 | - |
dc.identifier.callno | PJ6065.N845 2015 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.