Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475704
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Roziah binti Sidik @ Mat Sidek, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nor Azlina Sidek (P64012) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:41:09Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:41:09Z | - |
dc.date.issued | 2015-08-26 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84350 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475704 | - |
dc.description | Kajian ini bertitik tolak daripada kenyataan Kuzyk & Yakovets bahawa interaksi antara tamadun berlaku menerusi pertembungan (dalam bentuk ketenteraan), konfrontasi (dalam bentuk politik), dialog, kerjasama dan perkongsian (dalam bentuk sosio-budaya, ekonomi, teknologi atau ekologi). Kenyataan ini menunjukkan bahawa sesebuah tamadun mungkin berinteraksi dengan tamadun lain menerusi pertembungan, konfrontasi, dialog, kerjasama atau perkongsian. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menentukan dengan jelas bentuk interaksi yang berlaku antara tamadun Islam dengan tamadun India dengan memfokuskan kepada bidang sains. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun Yunani, Parsi, Cina dan India, menganalisa faktor yang mendorong berlakunya interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun India dan menganalisa bentuk interaksi yang berlaku antara tamadun Islam dengan tamadun India. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan kaedah sejarah dan kaedah analisis dokumen. Data dikumpul menerusi kaedah tekstual dan dianalisis melalui kaedah tematik dan kaedah deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun lain berlaku dalam bentuk yang berbeza. Interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun Yunani berlaku menerusi pertembungan (dalam bentuk ketenteraan) dan kerjasama (dalam bentuk sosio budaya). Interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun Parsi pula berlaku menerusi kerjasama (dalam bentuk sosio budaya) dan dialog (dalam bentuk sosio budaya). Interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun Cina pula berlaku menerusi pertembungan (dalam bentuk ketenteraan) dan dialog (dalam bentuk teknologi). Manakala interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun India pula secara umumnya berlaku menerusi pertembungan (dalam bentuk ketenteraan) dan kerjasama (dalam bentuk sosio budaya). Hasil kajian turut mendapati bahawa terdapat tujuh faktor yang mendorong berlakunya interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun India. Faktor-faktor tersebut ialah sifat tamadun, ajaran Islam yang menggalakkan intelektualisme, hubungan baik dengan negara luar, kemajuan sains tamadun India menarik minat tamadun lain, hubungan baik antara khalifah dengan sarjana, polisi sains negara serta keunggulan bahasa Arab sebagai bahasa saintifik. Kajian juga menunjukkan bahawa interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun India secara khususnya berlaku menerusi tiga bentuk iaitu interaksi menerusi kerjasama (dalam bentuk sosio budaya), perkongsian (dalam bentuk sosio budaya) dan dialog (dalam bentuk sosio budaya). Kajian ini memberi implikasi kepada Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Majlis Peperiksaan Malaysia dari segi membantu mereka menambahbaik kurikulum Pendidikan Islam dan Sejarah Islam di sekolah.,Master / Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Tamadun Islam | - |
dc.subject | Tamadun India | - |
dc.subject | Islamic civilization | - |
dc.title | Interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun India | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 105 | - |
dc.identifier.callno | DS36.85.N647 2015 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.