Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475702
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ahmad Dahlan Bin Salleh, Dr. | - |
dc.contributor.author | Rifhan Zafirah Mohd (P56873) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:41:08Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:41:08Z | - |
dc.date.issued | 2015-03-10 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84348 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475702 | - |
dc.description | Sektor pertanian merupakan sektor yang berkembang di Malaysia. Terdapat beberapa prinsip Muamalat berkenaan pertanian yang dikenali sebagai al-muzaracah. Prinsip ini merupakan perjanjian usahasama antara pemilik tanah dan pengusaha untuk meningkatkan produktiviti hasil pertanian khususnya dalam Projek Tanam Semula. FELDA merupakan agensi kerajaan yang terlibat dalam Projek Tanam Semula. Namun, perlaksanaan kontrak tersebut dari segi bentuk perjanjian dan pengagihan hasil telah menjadikan perjanjian usahasama tersebut tidak mematuhi prinsip al-muzaracah .Oleh yang demikian, kajian ini mempunyai tiga objektif . Pertama, mengemukakan prinsip al-muzaracah menurut perspektif syarak. Kedua, mengkaji bentuk kontrak yang diamalkan oleh FELDA. Ketiga, mengenalpasti sama ada kontrak tersebut bertepatan dengan prinsip al-muzaracah ataupun tidak dengan mengkaji beberapa aspek, kandungan kontrak usahasama dan pengurusan kerja yang berkaitan dengan kontrak Tanam Semula. Reka bentuk kajian ini adalah menggunakan kaedah Kualitatif yang mempunyai dua bentuk pendekatan dalam pengumpulan data iaitu kepustakaan untuk menganalisa dokumen dan lapangan dalam bentuk temubual tidak berstruktur. Oleh itu, kajian ini, mendapati bahawa prinsip al-muzaracah dalam kontrak usahasama serta pengurusan Felda tidak dipraktikkan dengan sempurna dalam Projek Tanam Semula. Beberapa prinsip kontrak didapati dalam kontrak Tanam Semula tersebut antaranya al-musaqah dilihat apabila persetujuan usahasama projek tersebut diperolehi, proses penebangan dan penyelenggaraan tanah dilakukan. Manakala, jucalah berlaku apabila peneroka bersama-sama bekerja dalam projek tersebut dan al-muzaracah dalam proses tanam semula. Namun, pembahagian pendapatan daripada hasil antara kedua-dua pihak tidak jelas berikutan kos-kos yang ditanggung oleh pihak peneroka dalam penyediaan benih, alatan pertanian serta kos upah untuk pengusaha tidak dinyatakan dalam perjanjian sebagaimana yang disyaratkan oleh syarak. Oleh itu, beberapa saranan dan cadangan diutarakan dalam kajian ini supaya Prinsip al-muzaracah dapat di aplikasikan dan dijadikan asas teori pembentukan kontrak oleh Felda. Kajian ini memberi sumbangan kepada bidang akademik kerana masih belum ada yang melakukannya. Kajian ini juga mempunyai implikasi besar terutamanya kepada pihak kerajaan untuk menjadikan kontrak usahasama pertanian bertepatan prinsip syarak.,Master / Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | al-Muzaraah | - |
dc.subject | Sharecropping (Islamic law) | - |
dc.title | Aplikasi konsep al-Muzaraah dalam projek tanam semula Felda : kajian di Felda Wilayah Trolak | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 126 | - |
dc.identifier.callno | BP158.S493R535 2015 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.