Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475701
Title: Pensyaratan dalam perkahwinan menurut perspektif Islam
Authors: Atiratun Nabilah Jamil (P62520)
Supervisor: Mat Noor bin Mat Zain, Dr.
Keywords: Institusi kekeluargaan
Marriage (Islamic law)
Issue Date: 3-Mar-2015
Description: Islam telah menetapkan hukum hakam perkahwinan yang lengkap demi menjamin kelangsungan institusi kekeluargaan dengan menetapkan hak dan tanggungjawab bagi setiap pasangan. Dalam masa yang sama, Islam membolehkan pasangan yang ingin berkahwin menetapkan apa-apa syarat yang sejajar dengan syarak. Namun begitu, dari segi amalannya, hanya syarat yang disandarkan kepada perceraian sahaja yang digariskan oleh Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pandangan fuqahaseterusnya membandingkan aplikasi pensyaratan dalam perkahwinan yang diamalkan di Malaysia dan implikasinya. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data melalui bahan bacaan yang berkaitan dengan pensyaratan dalam perkahwinan dan menganalisis pandanganfuqahaserta aplikasinya dalam Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia secara induktif. Hasil kajian mendapati bahawa pandangan jumhur fuqaha mengenai pensyaratan dalam perkahwinan hendaklah tidak bercanggah dengan hukum syarak yang lain melainkan mazhab Hanbali yang dilihat lebih longgar mengenai perletakan syarat dalam perkahwinan dengan membolehkan semua syarat kecuali yang bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah sahaja. Undang-undang di Malaysia juga dilihat menggunapakai pandangan jumhur fuqaha dalam meletakkkan syarat. Selain itu, perbahasan fuqahadan Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia mengenai pensyaratan dalam perkahwinan adalah tertumpu kepada pensyaratan yang digantungkan kepada talak kerana ia akan mendatangkan implikasi terhadap perkahwinan. Implikasi daripada kajian ini mendapati bahawa Badan Perundangan khususnya perlu menggubal semula undang-undang dengan memasukkan peruntukan yang memberi pilihan kepada pasangan untuk meletakkan apa-apa syarat demi menjamin kepentingan perkahwinan mereka.,Master / Sarjana
Pages: 113
Call Number: BP158.M3A86 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.