Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475699
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJaffary bin Awang, Prof Madya Dr-
dc.contributor.authorSiti Hajar Mohammad Ahid (P51869)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:07Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:07Z-
dc.date.issued2015-09-04-
dc.identifier.otherukmvital:84344-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475699-
dc.descriptionDialog ialah satu langkah yang berkesan dan telah digunakan oleh masyarakat sejak zaman Rasulullah s.a.w bagi mewujudkan perpaduan di antara umat yang beragama.Walaupun begitu, penyelidikan berkaitan dialog antara agama dan kelangsungannya di dalam masyarakat dari sudut pandangan Muslim dan bukan Muslim adalah suatu yang baharu.Tujuan utama kajian ini adalah untuk meneliti tahap kefahaman tentang agama dan sikap terhadap dialog antara agama di Sungai Petani, Kedah. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti hubungan antara tahap kefahaman agama dengan persepsi terhadap dialog antara agama dan untuk menilai penerimaan masyarakat di Sungai Petani terhadap dialog antara agama sebagai pendekatan dalam mencapai toleransi beragama. Untuk tujuan ini sebanyak 300 orang penduduk terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa di Sungai Petani dijadikan sebagai responden dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua responden di Sungai Petani menerima bahawa dialog antara agama sebagai pendekatan dalam mencapai toleransi beragama. Dapatan kajian ini, secara keseluruhan menggambarkan tahap kefahaman dialog antara agama, sikap dan persepsi terhadap dialog antara agama, pengalaman berdialog dan juga penglibatan dalam dialog ke arah mewujudkan toleransi beragama di kalangan penduduk di Sungai Petani, Kedah. Dapatan keseluruhan menunjukkan dialog antara agama dipandang sebagai suatu yang diperlukan dalam membina masyarakat yang hidup aman dan harmoni dengan kepelbagaian dari segi agama, bangsa dan budaya. Hubungan antara tahap kefahaman dialog antara agama dengan sikap dan persepsi terhadap dialog antara agama di kalangan penduduk Sungai Petani, Kedah adalah positif tetapi berada pada keadaan yang lemah. Justeru itu, masyarakat perlu berganding bahu untuk membina masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni dan pelaksanaan dialog antara agama dapat dilakukan dengan jayanya.Masyarakat perlulah bersifat terbuka dan membuang sikap-sikap negatif seperti mementingkan diri sendiri, prejudis dan ekstrim. Ini kerana sikap sebegini akan menjadi penghalang kepada kelangsungan dialog antara agama di samping mengeruhkan hubungan di antara masyarakat yang pelbagai bangsa dan agama. Implikasi daripada pelaksanaan dialog antara agama ini amat besar sekali kepada kehidupan masyarakat muslim dan bukan muslim di Sungai Petani di dalam melahirkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Ini tambah mewajarkan lagi pelaksanaan dialog antara agama di dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.,Master / Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMuslim-
dc.subjectDialog-
dc.subjectDialogue-
dc.titlePandangan Muslim dan bukan Muslim di Sungai Petani terhadap dialog antara agama-
dc.typeTheses-
dc.format.pages106-
dc.identifier.callnoBL410.S59 2015-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.