Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475697
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Akil bin Muhamed Ali-
dc.contributor.authorFarhana Haji Ahmad (P58413)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:06Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:06Z-
dc.date.issued2015-07-06-
dc.identifier.otherukmvital:84341-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475697-
dc.descriptionStres yang tidak dibendung akan menjadi punca ketegangan dalam institusi kekeluargaan khususnya yang berlaku terhadap ibu tunggal. Bebanan tanggungjawab yang dipikul seorang ibu tunggal sebagai ketua keluarga serta terpaksa keluar bekerja memberi tekanan yang hebat kepada emosi mereka. Namun begitu, masih wujud kekeliruan ibu tunggal dalam memahami konsep stres dan kecelaruan dalam cara mereka mengurus stres seharian. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kefahaman ibu tunggal mengenai konsep stres, mengenalpasti punca stres dan menganalisis pengurusan stres menurut al-Quran dan al-Sunnah. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan dalam pemilihan sampel kajian. Seramai 40 orang sampel yang terdiri daripada ibu tunggal di kawasan perumahan Council Homes, Bandar Baru Bangi terpilih sebagai responden kajian. Dalam kajian ini, data dianalisis dengan menggunakan teknik statistik deskriptif. Nilai Alpha Cronbach yang dihasilkan untuk kesemua item soalselidik adalah baik dan tinggi iaitu α = 0.858. Analisis kajian menunjukkan bahawa skor min untuk tahap pengetahuan terhadap konsep stres dalam kalangan ibu tunggal adalah sederhana. Manakala skor min bagi pandangan ibu tunggal terhadap punca stres juga pada tahap sederhana. Seterusnya, pengurusan stres terbahagi kepada dua aktiviti iaitu berdasarkan aktiviti harian dan keagamaan. Secara umumnya, skor min gabungan bagi pengurusan stres bagi kedua-dua aktiviti adalah tinggi. Secara keseluruhan kajian ini menunjukkan, tahap pengetahuan ibu tunggal terhadap konsep stres adalah pada tahap sederhana namun pengetahuan mereka tentang pengurusan stres adalah tinggi. Implikasi daripada kajian ini, penting kepada ibu tunggal bagi menambahkan pengetahuan mereka berkaitan konsep stres. Pengurusan stres berdasarkan kajian ini dilihat berjaya dan mampu ditangani oleh ibu tunggal. Justeru, pengurusan stres menurut al-Quran dan al-Sunnah wajar diberi penekanan oleh setiap lapisan masyarakat demi mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan mereka.,Master / Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPengurusan stres-
dc.subjectStress (Psychology)-
dc.titlePengurusan stres menurut al-Quran dan al-Sunnah dalam kalangan ibu tunggal di Bandar Baru Bangi-
dc.typeTheses-
dc.format.pages151-
dc.identifier.callnoBF575.S75F344 2015-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.