Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475694
Title: Kepercayaan guru terhadap pelaksanaan sistem pendidikan integrasi di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Authors: Norhidayu Hamzah (P58349)
Supervisor: Ahmad Munawar bin Ismail, Dr
Keywords: Sistem Pendidikan Integrasi
Kepercayaan guru
Islamic education
Issue Date: 30-Apr-2014
Description: Ilmu dan kehidupan mempunyai hubungan yang sangat penting, saling bergantung dan melengkapi antara satu sama lain. Keseimbangan dalam memenuhi kedua-duanya akan membuah keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kepercayaan guru terhadap konsep pendidikan integrasi dalam pengajaran oleh guru-guru di SRAI, JAIS. Kajian tinjauan telah dijalankan di sebelas buah SRAI di Selangor. Tiga instrumen kajian digunakan dalam kajian ini, iaitu; set soal selidik sebagai instrumen utama, protokol temu bual separa struktur dan pemerhatian sebagai data sokongan. Seramai 226 orang guru terlibat dalam kajian tinjauan, 10 orang guru terlibat dalam temu bual separa struktur dan 8 orang guru dipilih untuk pemerhatian. Data yang diperoleh melalui kajian tinjauan dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 19.0 Windows dan Microsoft Excel. Data daripada borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif seperti min, peratus dan frekuensi. Penganalisisan secara kualitatif dilakukan bagi data yang diperoleh melalui temu bual separa struktur bagi menyokong dapatan data kuantitatif. Hasil kajian mendapati guru-guru yang mengajar selain subjek agama mempunyai kepercayaan yang signifikan tentang konsep pendidikan integrasi, namun terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, antaranya guru kurang mengaitkan mata pelajaran yang mereka ajar dengan ilmu agama dan memerlukan penambahbaikan dari pelbagai aspek. Kajian ini menunjukkan para guru perlulah mengambil suatu usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka tentang konsep pendidikan integrasi untuk menjadi contoh bagi meningkatkan tahap kebolehpercayaan terhadap keberkesanan pendidikan integrasi.,Master / Sarjana
Pages: 128
Call Number: LC910.M4N646 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.