Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475692
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mudasir Rosder, Prof Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Noraini Ismail (P58377) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:41:03Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:41:03Z | - |
dc.date.issued | 2014-10-23 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84317 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475692 | - |
dc.description | Kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan satu cara untuk mencapai tujuan sesuatu pengajaran. Dalam pendidikan akidah, pengajaran dan pembelajaran yang baik bukan sahaja berupaya memindahkan ilmu pengetahuan, tetapi mampu meningkatkan amalan dalam kehidupan seharian. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran akidah di institusi pondok, mengenal pasti tahap kefahaman akidah dan penghayatan akhlak pelajar dan kaitannya dengan faktor pembelajaran sosial. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan kajian tinjauan dan analisis dokumen. Instrumen soal selidik dan temu bual telah digunakan bagi mengumpul dan memperoleh data. Seramai 88 orang pelajar dipilih sebagai peserta kajian melalui pensampelan bertujuan. Data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif menggunakan frekuensi, min dan sisihan piawai. Secara keseluruhan, analisis dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran akidah di institusi pondok adalah tinggi. Dapatan ini menunjukkan kaedah pengajaran di institusi pondok masih relevan dalam suasana pembelajaran moden walaupun masih mengekalkan konsep pendidikan tradisional. Analisis dapatan deskriptif berkaitan persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran akidah juga berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian berkaitan kefahaman akidah dan penghayatan akhlak pelajar-pelajar menunjukkan tahap kefahaman akidah dan penghayatan akhlak responden berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian berkaitan dengan faktor pembelajaran sosial pula menunjukkan responden memberi respons yang pelbagai tentang pengaruh faktor-faktor pembelajaran sosial terhadap kefahaman akidah dan penghayatan akhlak namun berada pada tahap sederhana. Implikasi kajian ini menunjukkan kefahaman akidah para pelajar adalah baik dan berada pada tahap yang tinggi. Suasana pembelajarannya yang mampu membentuk masyarakat sekitar dan menarik minat pelajar dari dalam mahupun luar negara menandakan institusi pondok masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Dapatan kajian ini diharap mampu membantu institusi ini untuk terus berusaha memberi kefahaman agama kepada para pelajar sekali gus mengiktiraf dan memartabatkan institusi pondok sebagai institusi yang berwibawa.,Master / Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Pendidikan Akidah | - |
dc.subject | Islam | - |
dc.title | Pengajaran dan pembelajaran akidah di pondok Pasir Tumboh, Kelantan | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 141 | - |
dc.identifier.callno | BP165.5.N64 2015 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.