Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475691
Title: Garis panduan pendakwah wanita menurut al-Quran dan aplikasinya dalam program televisyen
Authors: Shafiza Safie (P64782)
Supervisor: Fadlan bin Mohd Othman, Dr.
Keywords: Pendakwah wanita
Muslim women
Issue Date: 23-Feb-2015
Description: Wanita muslimah di Malaysia memainkan peranan penting dalam bidang dakwah khususnya dakwah melalui media massa seperti televisyen. Namun, penelitian yang dilakukan terhadap pendakwah wanita ini mendapati sebahagian mereka tidak mematuhi garis panduan yang dianjurkan oleh Islam seperti dalam aspek bertudung, berpakaian, perhiasan, bersolek dan percakapan. Hal ini berikutan ketiadaan garis panduan yang sempurna sebagai panduan kepada pendakwah wanita muslimah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan konsep pendakwah wanita dan membina garis panduan pendakwah wanita di televisyen dalam lima aspek tersebut menurut al-Quran seterusnya membina satu garis panduan yang sempurna. Kajian ini juga menganalisis kepatuhan pendakwah wanita di TV9 dalam kelima-lima aspek yang dinyatakan. Kajian ini adalah kajian kualitatif dan reka bentuk kajian adalah kajian kes. Pengumpulan data adalah melalui analisis dokumen untuk menghuraikan konsep pendakwah wanita dan membina garis panduan pendakwah wanita di televisyen dalam kelima-lima aspek menurut al-Quran yang melibatkan rancangan-rancangan dakwah di TV9. Ia dilakukan berdasarkan kepada senarai semak yang dibina, pemerhatian penuh dan analisis deskriptif dilakukan terhadap kepatuhan pendakwah wanita di televisyen dalam kelima-lima aspek tersebut. Hasil kajian mendapati sebanyak 55 peratus pendakwah wanita di televisyen mematuhi garis panduan dalam kelima-lima aspek manakala 45 peratus lagi tidak mematuhi sebahagian dari garis panduan tersebut. Kajian ini juga mendapati, garis panduan pendakwah wanita di televisyen memberi sumbangan khususnya dari segi panduan berdakwah sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran.,Master / Sarjana
Pages: 83
Call Number: BJ1292.W6S53 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.