Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475689
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Dahlan bin Salleh, Dr.-
dc.contributor.authorAhmad Azalee A Bakar (P58315)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:02Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:02Z-
dc.date.issued2015-03-18-
dc.identifier.otherukmvital:84309-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475689-
dc.descriptionPelaburan spekulatif hartanah kediaman merupakan salah satu bentuk pelaburan yang menjana pendapatan pasif. Namun, sejak akhir-akhir ini keterlibatan masyarakat dalam pelaburan jenis ini telah menjadikan pelaburan yang bersifat menjana aliran tunai berubah kepada pelaburan spekulatif. Kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, mengkaji konsep pelaburan spekulatif hartanah kediaman yang dilakukan oleh para pelabur. Kedua, menilai kedudukan konsep pelaburan spekulatif menurut perspektif Fiqh al-Mucāmalāt. Ketiga, mencadangkan solusi bagi mengekang aktiviti pelaburan spekulatif. Kajian ini memilih analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen manakala penganalisian data dilakukan melalui pendekatan analisis deskriptif. Dapatan hasil kajian menunjukkan modus operandi pelabur hartanah kediaman yang berpendapatan tinggi membentuk kumpulan pelabur hartanah untuk membeli kemudian menjual melalui kaedah flipping telah membuat permintaan palsu yang menyebabkan lonjakan harga rumah yang telah mengekang hak rakyat berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah sendiri. Kedudukan pelaburan spekulatif pada perspektif syarak bergantung kepada prinsip maqāsid iaitu matlamat asal memiliki kediaman merupakan salah satu daripada kategori Daruriyyāt (keperluan asasi) yang membawa kepada larangan aktiviti pelaburan spekulatif ini. Kajian ini memberi sumbangan besar dalam bidang akademik kerana masih belum ada yang melakukannya. Kajian ini mempunyai implikasi besar terutamanya kepada kerajaan untuk mengekang aktiviti pelaburan spekulatif yang menafikan hak orang awam untuk memiliki hartanah kediaman sendiri. Kajian ini juga mampu memberikan sudut pandang yang berlainan kepada pelabur dalam membentuk etika pelaburan hartanah kediaman sebagai keperluan asasi awam bukan keuntungan semata-mata.,Master / Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectFiqh al-Muamalat-
dc.subjectHartanah kediaman-
dc.titleKonsep pelaburan spekulatif hartanah kediaman menurut perspektif fiqh al-Muamalat-
dc.typeTheses-
dc.format.pages114-
dc.identifier.callnoHD1382.5.A37 2014-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.