Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475688
Title: Persepsi pelajar terhadap penggunaan alat bantu mengajar (ABM) berasaskan teknologi multimedia (TMm) dalam pengajaran dan pembelajaran balaghah
Authors: Hazrati Yahaya (P64073)
Supervisor: Zulkarnain, Dr.
Keywords: Alat bantu mengajar
Teknologi multimedia
Arabic language - Rhetoric - Study and teaching (Secondary) - Audio-visual aids.
Issue Date: 25-Mar-2015
Description: Penyerapan ilmu balaghah dalam Bahasa Arab Tinggi (BAT) adalah salah satu usaha yang cukup positif bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam kesusasteraan Arab seterusnya memudahkan mereka untuk memahami struktur ayat dan gaya bahasa yang terdapat dalam buku teks BAT. Bagi mencapai objektif ini, peranan para guru amat penting agar pelajar dapat menguasai balaghah dengan baik. Namun objektif tersebut tidak tercapai sepenuhnya. Berdasarkan kajian-kajian lepas, keadaan ini berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya ialah pelajar mempunyai persepsi sederhana terhadap balaghah, pelajaran balaghah dianggap susah dan alat bantu mengajar (ABM) kurang digunakan. Sejajar dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis sejauh manakah persepsi pelajar terhadap alat bantu mengajar (ABM) berasaskan teknologi multimedia (TMm) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) balaghah BAT. Kajian ini dilakukan terhadap pelajar tingkatan 4 di sekolah Maahad Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan. Data-data tersebut dikumpulkan menerusi soal selidik yang diedarkan selepas proses PdP. Analisis data dijalankan dengan menggunakan statistik deskriptif bagi mencari taburan kekerapan, peratusan dan min. Statistik inferensi juga turut digunakan melalui ujian-t dan korelasi Spearman Rho. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan ABM berasaskan TMm dalam PdP balaghah dengan nilai purata min 4.33. Berdasarkan ujian-t, terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan yang menggunakan ABM berasaskan TMm dengan kumpulan yang tidak menggunakan ABM berasaskan TMm. Manakala, korelasi Spearman Rho mendapati wujudnya hubungan yang positif tinggi antara minat pelajar terhadap balaghah dengan markah ujian pelajar yang didedahkan ABM berasaskan TMm. Oleh itu, kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada semua pihak melalui tindakan positif dalam menambahbaikkan mutu PdP.,The absorption of Balaghah knowledge in the Higher Arabic Language (HAL) is a very positive effort in increasing students’ understanding of the structure of sentences and language styles in HAL textbooks. To achieve this objective, the role of teachers is so important that students are able to well master Balaghah. Based on recent researches, this matter happen because of a few factors of which is that students have moderate perception of Balaghah, that Balaghah learning is considered difficult and that teaching aids (TA) are rarely used. In this regard, this study intends to analyse how far the perception of the students is of teaching aids based (TA) on multimedia technology (TMm) in teaching and learning (T&L) of HAL Balaghah. This study is carried out on form 4 students at Maahad Ahmadi School, Gemencheh, Negeri Sembilan. The data are collected from questionnaires distributed after the T&L process. The data are analysed using descriptive statistic to ascertain the distribution of frequency, percentage and mean. Inferential statistic is also used through t-test and the Spearman Rho correlation. This study concludes that majority of the students possess positive perception of the use of TA based on MmT in Balaghah T&L with average mean of 4.33. Based on the t-test, there is significant difference between the group using the TA based on MmT and the other group not using the TA based on TMn. Meantime, the Spearman Rho correlation shows the existence of a highly positive connection between the students’ interest in Balaghah and the tests marks of the students who are exposed to the TA based on MmT. Therefore, this study is hoped of being able to raise awareness of all parties through positive actions in enhancing the quality of T&L.,Master
Pages: 84
Call Number: PJ6161.H349 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.