Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475687
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Al-Adib Samuri, Dr.-
dc.contributor.authorWan Fakhriah Wan Jusoh (P64088)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:41:01Z-
dc.date.available2023-10-05T06:41:01Z-
dc.date.issued2014-09-17-
dc.identifier.otherukmvital:84307-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475687-
dc.descriptionPemikiran yang dibawa oleh golongan feminis dan gerakan feminisme semakin berkembang dalam kalangan masyarakat sama ada di Barat mahupun di negara-negara Islam. Kajian mengenai gerakan feminisme belum banyak dikaji, terutamanya pemikiran golongan feminis terhadap hukum memukul isteri yang nusyuz seperti salah faham dan kekaburan dalam memahami konsep nusyuz menurut pandangan fuqaha dan undang-undang dan kekeliruan golongan feminis terhadap konteks dan tafsiran ayat nusyuz dan penjelasan tentang kewajaran memukul dalam pendisiplinan isteri yang nusyuz. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji konsep nusyuz menurut pandangan fuqaha dan undang-undang di Malaysia, menganalisis hak suami untuk memukul isteri yang nusyuz dan batas-batas yang telah dihadkan oleh hukum Syarak serta menganalisis kritikan feminis terhadap hukum nusyuz menurut pandangan fuqaha klasik dan kontemporari. Kajian ini pada keseluruhannya menggunakan reka bentuk kajian kualitatif iaitu analisis kandungan dibuat dengan merujuk kitab-kitab fiqh yang muktabar yang dikarang oleh para fuqaha klasik dan kontemporari serta material yang ditulis oleh sarjana feminisme Barat dan Muslim. Data-data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tuntutan golongan feminis dalam isu nusyuz bertentangan dengan sistem Islam yang sahih. Oleh yang demikian, konflik pandangan ini perlu diharmonikan dengan mengadakan dialog secara terbuka bagi membuka minda masyarakat umumnya dan golongan feminis khususnya berkaitan hukum nusyuz.,Master / Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectNusyuz-
dc.subjectFeminisme-
dc.subjectDomestic relations (Islamic law)-
dc.titlePemikiran feminis terhadap hukum memukul isteri dalam kes nusyuz-
dc.typeTheses-
dc.format.pages147-
dc.identifier.callnoBP158.D6W34 2014-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.