Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475685
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rosmawati Binti Mohamad, Dr. | - |
dc.contributor.author | Ahmad Sahlan Abdul Hatim (P68741) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:40:59Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:40:59Z | - |
dc.date.issued | 2015-08-19 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84305 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475685 | - |
dc.description | Pelaksanaan aktiviti dakwah kesenian di sekolah dilihat berupaya melahirkan pelajar yang memiliki nilai-nilai murni. Walau bagaimana pun, wujudnya kelemahan dari sudut pelaksanaan menyebabkan pelajar kurang berminat untuk turut serta dalam aktiviti tersebut. Hal ini menyebabkan usaha menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pelaksanaan aktiviti dakwah melalui kesenian di sekolah. Kajian ini turut bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara pelaksanaan aktiviti dakwah melalui kesenian dengan penerapan nilai-nilai murni. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis pengaruh faktor pelaksanaan aktiviti dakwah melalui kesenian terhadap penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Data kajian dikumpul melalui pengedaran instrumen soal selidik dan dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan ujian korelasi dan regresi linear. Seramai 300 orang pelajar Tingkatan Empat daripada empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di negeri Kedah telah dipilih sebagai responden kajian melalui pensampelan rawak mudah. Hasil kajian menunjukkan tahap pelaksanaan aktiviti dakwah melalui kesenian di sekolah adalah tinggi (min=3.30). Hasil kajian daripada ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pelaksanaan aktiviti dakwah melalui kesenian di sekolah dengan penerapan nilai-nilai murni (r=0.527, ρ=0.00). Manakala ujian Regresi Linear pula mencatatkan dapatan yang signifikan iaitu R²=0.278 (β= 0.527) yang menyumbang sebanyak 27.8 peratus nilai varians. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pemboleh ubah kajian ini turut menyumbang sebagai faktor terhadap penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Kajian ini dilihat dapat memberi sumbangan baru terhadap bidang penyelidikan dakwah dan kesenian. Implikasi kajian ini dapat memberi manfaat dalam memantapkan lagi pelaksanaan aktiviti dakwah di sekolah khususnya melalui kesenian yang mampu memberi impak dalam melahirkan pelajar yang berakhlak.,Master / Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Dakwah Islam | - |
dc.subject | Da'wah (Islam) | - |
dc.title | Pelaksanaan aktiviti dakwah melalui kesenian di sekolah ke arah penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 130 | - |
dc.identifier.callno | BP170.85.A37 2015 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.