Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475684
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ahmad Munawar b Ismail, Dr | - |
dc.contributor.author | Norhanim Jamaludin (P58384) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:40:59Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:40:59Z | - |
dc.date.issued | 2014-10-14 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84304 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475684 | - |
dc.description | Pembangunan akhlak pelajar melalui pembelajaran berteraskan Pendidikan Islam adalah isu relevan yang sentiasa diperbahaskan. Pelbagai isu dibangkitkan bagi menilai keberkesanan pengajaran khasnya dari sudut penghayatan dan pembangunan akhlak. Kajian ini mengetengahkan hasil yang diperoleh melalui pengajaran dan pembelajaran berasaskan Modul Tazkiyat al-Nafs. Tujuan utama kajian adalah untuk menilai pelaksanaan Modul Tazkiyat al-Nafs melalui subjek Pendidikan Islam. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kuantitatif jenis kajian tinjauan. Pada asasnya, sampel dari kajian ini memerlukan ciri khusus iaitu terdiri dari sekolah yang menggunakan Modul Tazkiyat al-Nafs sahaja. Keseluruhan populasi iaitu 74 orang pelajar dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen soal selidik diubahsuai dan disemak semula melalui semakan pakar dan kajian rintis dalam memperoleh kesahan muka dan kandungan. Selain itu, kajian ini turut menggunakan kaedah rekabentuk kualitatif jenis temubual separa berstruktur sebagai sokongan bagi memperoleh dapatan secara triangulasi. Data yang diperoleh melalui borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif seperti min, peratus dan frekuensi. Penganalisisan secara kualitatif dibuat untuk data yang diperoleh melalui temu bual para guru bagi menyokong data kuantitatif. Hasil kajian mendapati bahawa amalan pengajaran menggunakan pendekatan tasawuf belum difahami dengan baik serta masih belum diaplikasikan secara menyeluruh oleh guru-guru. Berdasarkan soal-selidik, 75.7 peratus pelajar bersetuju amalan pendekatan tasawuf diaplikasikan oleh guru-guru ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, hasil temubual menunjukkan 66.7 peratus guru berpendapat amalan pengajaran dan pembelajaran tersebut merupakan rutin biasa guru-guru malah langsung tidak mengaitkannya dengan unsur tasawuf. Manakala item-item dari sudut hasil Tazkiyat al-Nafs terhadap akhlak pelajar menunjukkan dapatan positif di mana 88.3 peratus item berada di tahap maksimum. Secara keseluruhan, penilaian terhadap Tazkiyat al-Nafs ini memberi implikasi kepada guru-guru Pendidikan Islam khususnya dalam konteks memahami konsep tasawuf dan Tazkiyat al-Nafs dengan lebih baik sebagai satu cara untuk menyumbang ke arah pembangunan akhlak pelajar.,Master / Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Modul tazkiyat al-nafs | - |
dc.subject | Pendidikan Islam | - |
dc.subject | Islamic religious education of children | - |
dc.title | Penilaian modul tazkiyat al-nafs di sekolah-sekolah Daerah Selama, Perak dan kesannya terhadap pembangunan akhlak | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 134 | - |
dc.identifier.callno | BP44.N646 2014 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.