Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475683
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZainab Ismail, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorZahari Mohd Yusoh (P67065)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:40:58Z-
dc.date.available2023-10-05T06:40:58Z-
dc.date.issued2015-03-10-
dc.identifier.otherukmvital:84303-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475683-
dc.descriptionKecerdasan ruhaniah merupakan komponen utama bagi melahirkan modal insan yang berakhlak mulia. Namun, keruntuhan akhlak pelajar yang berlaku mutakhir ini menunjukkan kecerdasan ruhaniah pelajar masih lemah dan menjadi penyumbang kepada masalah disiplin di sekolah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep dan pendekatan kecerdasan ruhaniah menurut Islam, mengenal pasti masalah disiplin pelajar berkaitan ruhaniah dan menganalisis pendekatan kecerdasan ruhaniah yang menyumbang kepada pembentukan disiplin pelajar di daerah Pekan. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan yang diaplikasikan dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Pekan, Pahang yang mempunyai populasi seramai 2,800 orang. Kajian ini memilih seramai 380 orang pelajar dengan menggunakan pensampelan rawak mudah daripada enam buah sekolah menengah di daerah Pekan, Pahang. Data dikumpul melalui soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai, manakala data yang dikumpul melalui analisis dokumen dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis tematik. Hasil kajian mendapati konsep kecerdasan ruhaniah adalah kekuatan jiwa manusia yang berpunca daripada al-ruh, al-qalb, al-nafs, al-caql, keimanan yang mendalam, amalan yang istiqamah berlandaskan syariat Allah (s.w.t.) dan akhlak yang terpuji serta mampu menghayati kehidupan dengan menjaga hubungan dengan Allah (s.w.t.), hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam sekitar. Hasil kajian ini juga menunjukkan kecerdasan ruhaniah wajib dilandasi dengan tiga perkara asas, iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Ia menjadi rukun utama untuk melahirkan al-Hikmah. Selain itu, hasil kajian ini menunjukkan sifat keji (madhmumah) iaitu riya’, cujub dan pertuturan kurang sopan sebagai penyumbang kepada masalah disiplin pelajar berkaitan ruhaniah, manakala sifat baik (mahmudah) merupakan amalan yang menyumbang kepada kecerdasan ruhaniah pelajar. Pendekatan kecerdasan ruhaniah yang berasaskan kepada Iman, Islam dan Ihsan ini memberi implikasi yang sangat besar khususnya dalam pembentukan disiplin pelajar.,Master / Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKecerdasan ruhaniah-
dc.subjectSpiritual intelligence-
dc.titlePendekatan kecerdasan ruhaniah dalam pembentukan disiplin pelajar di sekolah-sekolah menengah Daerah Pekan, Pahang-
dc.typeTheses-
dc.format.pages180-
dc.identifier.callnoBF637.S4Z337 2015-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.