Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475682
Title: | Kedudukan dan hak bukan Islam di Malaysia menurut syariah dan undang-undang |
Authors: | Affandy Mat Nor (P56889) |
Supervisor: | Muhammad Nazir b. Hj. Alias |
Keywords: | Hak Bukan Islam |
Issue Date: | 10-Oct-2014 |
Description: | Isu penglibatan bukan muslim dalam hal-hal agama Islam masih lagi menjadi perbincangan yang hangat pada masa kini. Sebahagian isu-isu tersebut merupakan perkara yang sensitif di kalangan umat Islam. Perdebatan dan perbincangan di kalangan intelektual dan sarjana Islam isu kalimah Allah sehingga kini belum mencapai jalan penyelesaian. Penglibatan bukan muslim dalam hal ehwal agama Islam yang lain juga dibincangkan dalam kajian ilmiah ini ialah isu mengkritik hukum hudud, memasuki masjid dan surau, membaca al-Qur’an, mempelajari al-Qur’an, mengucapkan dan menjawab salam, menghadiri majlis berbuka puasa, menjawat jawatan peguam syarie, membantu dalam majlis korban aidil adha, menjual mushaf , buku-buku agama, menggantung kaligrafi Islam di premis perniagaan dan menceburi bidang perniagaan hub halal serta perbankan Islam. Penglibatan mereka dalam hal-hal tersebut telah menjadi kekeliruan di kalangan umat Islam di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti kedudukan kategori bukan muslim di Malaysia, menjelaskan hak-hak dan tanggungjawab bukan muslim serta menganalisis hukum penglibatan bukan muslim dalam hal ehwal agama Islam. Kajian ini juga bertujuan untuk mencari jalan menyelesaikan terhadap isu-isu tersebut dengan beberapa panduan yang bersesuaian mengikut peredaran zaman era globalisasi masa kini berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Perbincangan kajian ini berdasarkan hujahhujah sarjana Islam klasik dan kontemporari dengan menggunakan metode kajian teks kerana ianya berfokuskan kepada hukum syariah. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa isu, di mana bukan muslim tidak boleh mencampuri urusan hal-hal agama Islam seperti menggunakan kalimah Allah, hudud, menjawat jawatan sebagai hakim syarie, mengucap dan menjawab salam, menjual mushaf atau buku-buku Islam, dan menggantung kaligrafi Islam di premis perniagaan. Manakala sebahagian yang lain dibenarkan dalam Islam seperti masuk masjid ataupun surau, membaca dan mempelajari al-Quran, menghadiri majlis berbuka puasa, membantu dalam majlis korban Aidiladha, menceburi bidang perniagaan hub halal dan perbankan Islam. Sensitiviti umat Islam perlu dijaga dan dipelihara demi menjaga kesucian agama Islam. Justeru pendekatan dakwah yang berhikmah mestilah berterusan di kalangan bukan muslim dengan mempamerkan keindahan Islam sebagai agama universal yang boleh diterima oleh semua pihak.,Master / Sarjana |
Pages: | 136 |
Call Number: | DS36.9.D47A35 2015 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.