Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475681
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Arif b. Nazri, Dr.-
dc.contributor.authorFahimah Haji Mustaffa (P62715)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:40:58Z-
dc.date.available2023-10-05T06:40:58Z-
dc.date.issued2014-12-02-
dc.identifier.otherukmvital:84291-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475681-
dc.descriptionKitab al-Tafsir al-Qayyim merupakan antara warisan keilmuan Islam dalam bidang tafsir. Merujuk kepada kandungan kitab tersebut, Ibn al-Qayyim menggunakan beberapa manhaj pentafsiran, antaranya adalah pentafsiran al-Qur’n bi al-ma’thr yang melibatkan pelbagai hadis. Namun, pelbagai hadis yang dikemukakan tidak jelas sumber ambilan dan statusnya. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti metodologi penulisan hadis, mengkaji kategori hadis dan menganalisis hadishadis yang digunakan Ibn al-Qayyim. Untuk mencapai tujuan tersebut, kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Pengumpulan data diperoleh dari analisis dokumen, manakala analisis data dilakukan sepenuhnya dengan menganalisis dan menilai kandungan hadis serta mengemukakan ulasan para ulama’ hadis tentang status hadis yang dikemukakan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa Ibn al-Qayyim mempunyai metode dan alasan yang tersendiri ketika menukilkan hadis dalam kitabnya. Kajian ke atas 40 hadis yang bukan dari sumber al- Saain di dalam kitab tersebut juga mendapati bahawa hadis dapat dikategorikan kepada maqbl dan mardd, di mana jumlah kategori hadis maqbl mendominasi hadis mardd. Justeru, kajian metodologi penulisan hadis ini memberi implikasi dari segi ketokohan Ibn al-Qayyim dalam bidang hadis di mana jelas menunjukkan beliau adalah seorang bi dan amanah dalam menukilkan hadis, yang akhirnya membuktikan dan menyerlahkan lagi keahliannya dalam bidang hadis serta menambah nilai kitab tafsirnya. Tambahan pula, implikasi kajian ini amat besar dan penting kepada usaha memperkasa dan memperkemaskan nilai-nilai kitab warisan Islam di samping ia merupakan langkah utama dalam memartabatkan al-Sunnah.,Master / Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectHadis-
dc.subjectHadith-
dc.titleMetodologi penulisan hadis al-Tafsir al-Qayyim-
dc.typeTheses-
dc.format.pages250-
dc.identifier.callnoBP136.8.F337 2014-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.