Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475680
Title: Persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Arab di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Authors: Mohd Mutawalli Sya'rawi Mohamad (P50566)
Supervisor: Md. Nor bin Abdullah, Dr.
Keywords: Tatabahasa Arab
Arabic language
Issue Date: 24-Dec-2014
Description: Ilmu tatabahasa Arab merupakan asas yang amat penting bagi seseorang untuk menguasai bahasa Arab. Namun, kesukaran mempelajari tatabahasa Arab sering menimbulkan persepsi yang negatif terhadap pelajar. Objektif kajian ini bertujuan untuk menilai persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Arab. Selain itu, kajian ini dijalankan bagi menghuraikan kaedah yang digunakan oleh guru dalam mengajar tatabahasa Arab, di samping menganalisis hubungan kaedah pengajaran tatabahasa Arab dengan persepsi pelajar terhadap tatabahasa Arab. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis keberkesanan pengaruh kaedah pengajaran tatabahasa Arab terhadap masalah penguasaan tatabahasa Arab serta perbezaan antara pelajar lelaki dan perempuan. Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif digunakan untuk mengumpul maklumat daripada jurnal-jurnal, buku-buku yang berkaitan dengan penguasaan pelajar terhadap tatabahasa Arab. Manakala kaedah kuantitatif pula digunakan untuk mendapat gambaran serta data yang lebih tepat mengenai kajian yang dijalankan dengan mengedarkan borang kaji selidik kepada responden untuk dinilai. Untuk menjalankan kajian ini, sebuah sekolah di negeri Terengganu iaitu Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu dipilih sebagai lokasi kajian. Ini kerana sekolah tersebut telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) semenjak peperiksaan ini diperkenalkan. Seramai 55 orang pelajar yang terdiri daripada 30 pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan telah dipilih sebagai responden. Soalan yang dikemukakan merangkumi persepsi pelajar dalam mempelajari tatabahasa Arab dan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru. Data yang dikumpul dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil kajian mendapati responden menghadapi masalah untuk menguasai beberapa tajuk dalam tatabahasa Arab seperti maṣdar al-ṣinācī, maṣdar al-mīmī, maṣdar al-marrah dan lain-lain. Selain itu, kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru juga perlu kepada penambahbaikan iaitu guru perlu menggunakan kaedah terjemahan ketika mengajar. Guru juga perlu memberikan pelbagai contoh yang mudah bagi memberi kefahaman kepada pelajar untuk menguasai subjek ini, selain menggunakan kaedah induktif dan deduktif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kajian ini memberi implikasi yang besar kepada pihak yang terlibat iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah, guru, pelajar dan juga penulis buku bahasa Arab. Seandainya aspek pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Arab tidak dititikberatkan dengan sepenuhnya, maka penguasaan pelajar terhadap subjek lain yang terdapat dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga sudah pasti akan ketinggalan.,Master / Sarjana
Pages: 139
Call Number: PJ6106.M846 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.