Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475677
Title: Wa'd bi al-tanazul dalam amalan saham keutamaan menurut perspektif Islam
Authors: Marina Abu Bakar (P56823)
Supervisor: Shofian Ahmad Prof. Madya Dr
Keywords: Saham - Islam
Contracts (Islamic Law)
Issue Date: 28-Apr-2015
Description: Wacd bi al-tanazul yang dipraktikkan dalam amalan saham keutamaan pada hari ini mempunyai masalah dari segi pelaksanaannya kerana objek akad, iaitu pembahagian keuntungan dan kerugian dalam musha>rakah masih belum dipastikan semasa permulaan akad tersebut. Konsep ini telah digunakan oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam mengharuskan saham keutamaan bukan kumulatif. Saham keutamaan bukan kumulatif merupakan saham keutamaan yang tempoh pegangan saham oleh pelabur adalah kekal dan bersamaan dengan saham biasa kecuali dividennya tetap dan tidak boleh dikumpul ke hadapan. Meskipun konsep wacd bi al-tana>zul ini telah digunapakai oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, namun ia masih mendapat pertikaian di peringkat antarabangsa kerana wacd yang dipraktikkan bersifat mulzim (mengikat) dari segi agama dan undang-undang. Pengamalan wacd bi al-tana>zul pada permulaan akad musha>rakah telah menyebabkan berlakunya gharar dalam pembahagian keuntungan dan kerugian. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kedudukan saham keutamaan dalam Islam, mengkaji isu wacd bi al-tana>zul dan menganalisis alternatif wacd bi al-tana>zul dalam amalan saham keutamaan di Malaysia. Kaedah analisis kandungan telah dipilih sebagai reka bentuk kajian ini. Data dalam kajian ini adalah data kualitatif yang dikumpul melalui analisis dokumen dan temu bual separa struktur. Manakala penganalisisan data dilakukan dengan mengguna pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa konsep wacd bi al-tana>zul ini bertepatan untuk digunapakai tetapi memerlukan kepada pengubahsuaian dalam struktur akad musha>rakah. Bagi mengubahsuai struktur akad musha>rakah, alternatif, musha>rakah maca al-hibah diperkenalkan. Hasil kajian turut mendapati bahawa hibah yang digabungkan dengan akad musha>rakah berpotensi untuk menyelesaikan isu gharar yang melibatkan pembahagian keuntungan dan kerugian dalam amalan saham keutamaan. Kajian ini mendapati bahawa hanya saham keutamaan kumulatif yang haram di sisi Islam. Justeru, masyarakat Islam dapat memahami hukum dan pengamalan saham-saham keutamaan dengan tepat mengikut syarak. Kemasukan elemen hibah menyebabkan undang-undang hibah perlu diteliti secara komprehensif oleh pihak-pihak berwajib agar pengamalannya sesuai dengan rangka kerja syariah. Selain itu, penerapan ilmu berkaitan amalan dan potensi saham keutamaan sebagai salah satu instrumen pelaburan dalam pasaran modal di Malaysia adalah wajar dalam menggalakkan kenaikan ekonomi ummah Islam secara keseluruhannya.,Master/Sarjana
Pages: 241
Call Number: BP158.C595M346 2014
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.