Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475676
Title: Hubungan daulah Uthmaniyah dengan alam Melayu serta kesannya terhadap perkembangan politik masyarakat Melayu
Authors: Siti Nurul Izza Hashim (P62549)
Supervisor: Ermy Azziaty Rozali, Dr.
Keywords: Politik - Melayu
Daulah Uthmaniah
Islam apolitics Malay Archipelago
Issue Date: 21-Aug-2015
Description: Hubungan yang terjalin antara daulah Uthmaniyah dengan Alam Melayu, khususnya Aceh adalah penting dalam perkembangan Islam di rantau ini. Hubungan antara kedua pihak yang bermula pada abad ke-16M sedikit sebanyak membantu umat Islam menghadapi ancaman penjajahan Eropah khususnya Portugis. Hubungan yang berterusan sehingga abad ke-20M telah membawa kepada kesedaran politik masyarakat Melayu dalam usaha menentang penjajahan Barat. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan yang wujud antara daulah Uthmaniyah dengan Alam Melayu dan menganalisis pemikiran politik masyarakat Melayu berkenaan daulah Uthmaniyah menerusi majalah dan akhbar Melayu. Kajian ini turut meneliti pembaharuan dalam khilafah Uthmaniyah, dan seterusnya pembubaran khilafah Uthmaniyah serta kesannya terhadap politik masyarakat Melayu. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis terhadap sumber primer dan sekunder. Kajian arkib dan kajian dokumen turut dilakukan bagi memastikan kesahihan setiap maklumat yang dikemukakan dan menilai fakta yang ada. Hasil kajian mendapati bahawa wujudnya hubungan awal antara daulah Uthmaniyah dengan Alam Melayu pada abad ke-16M. Namun begitu, hubungan kedua-dua pihak didapati merosot pada abad ke-17M dan ke-18M akibat ancaman imperialisme Barat. Pada abad ke-19M dan ke-20M, hubungan antara daulah Uthmaniyah dengan Alam Melayu, khususnya kerajaan Johor kembali terjalin semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar (1833M-1895M). Kempen gagasan Pan-Islamisme oleh daulah Uthmaniyah memberikan kesan yang cukup besar bagi survival umat Islam, khususnya Alam Melayu. Tambahan pula, Pan-Islamisme merupakan satu usaha untuk mengangkat martabat umat Islam itu sendiri untuk berhadapan dengan ancaman imperialisme Barat. Implikasi kajian ini ialah sejarah hubungan antara Alam Melayu dengan daulah Uthmaniyah secara relatifnya komprehensif, tidak terhad pada hubungan diplomasi sahaja.,Master / Sarjana
Pages: 204
Call Number: DR479.M4S58 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.