Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475675
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhammad Faisal Bin Ashaari, Dr. | - |
dc.contributor.author | Siti Maimunah Kaha (P64571) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:40:55Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:40:55Z | - |
dc.date.issued | 2015-09-04 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84285 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475675 | - |
dc.description | Perkembangan teknologi komunikasi pada hari ini telah meluaskan lagi medan perbincangan dalam interaksi maya terutama sekali perkara yang berkaitan dengan agama. Medium komunikasi ini telah digunakan oleh segelintir masyarakat untuk menyerang agama lain dan mencemarkan imej agama asal mereka. Jenis serangan ini terdiri daripada elemen menghina, pertentangan dan perbezaan dengan Islam sehingga boleh tergolong dalam gejala “cyberterror”. Terdapat laman facebook yang dinamakan “Facebook Murtads in Malaysia and Singapore” yang dibangunkan untuk mengumpulkan golongan murtad yang telah keluar dari Islam, termasuk orang Islam sendiri dan juga golongan non-Muslim. Berdasarkan kepada nama laman ini iaitu “murtad”, ia menunjukkan elemen kekecewaan, tidak puas hati dan perasaan marah terhadap agama asal mereka. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis bentuk pendekatan interaksi antara anggota kumpulan dalam laman ini yang boleh diklasifikasikan sebagai “cyberterror”. Kajian ini juga menganalisis sasaran serangan dan bentuk penghinaan yang dilakukan dalam interaksi siberis di laman ini. Kajian ini juga ingin mengkaji kekerapan respon terhadap posting dan ingin mengenalpasti profil siberis yang terlibat. Selain itu, analisis kajian juga dilakukan ke atas sasaran serangan sama ada ia melibatkan akidah, syariah ataupun pemikiran. Kajian ini berbentuk kajian kes yang menggunakan kaedah analisis kandungan bagi menganalisis mesej dan komen yang dikemukakan dalam laman ini. Sampel kajian di ambil bermula pada bulan Januari sehingga Mac 2013. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa laman ini telah mencapai tahap kedua dalam “cyberterror” kerana serangan dilancarkan dalam bentuk perkataan dan pemikiran, bukan dalam bentuk serangan fizikal. Kajian mendapati elemen kekecewaan, tidak puas hati dan perasaan marah admin ditunjukkan melalui interaksi dalam laman ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan interaksi yang digunakan di antara agama di dalam facebook ini meliputi motif dan serangan ke atas isu berkaitan agama Islam. 23% motif posting terdiri daripada penyebaran, 67% penghinaan manakala 10% lagi perbincangan. Serangan pula dilakukan ke atas tiga aspek utama iaitu 44% menyerang isu akidah, 33% syariah dan 23% adalah serangan pemikiran. Laman ini menerima komen yang banyak kerana admin memainkan peranan secara efektif. Berdasarkan kepada pemerhatian terhadap profil, 73% siberis yang terlibat dipercayai adalah Muslim, 7% adalah golongan murtad sementara 20% lagi adalah golongan pro-kafir. Komen yang diterima oleh admin boleh dibahagikan kepada tiga iaitu 24% daripada siberis bersetuju, 67% tidak setuju manakala 9% bertindak berkecuali dari isu yang diutarakan oleh admin. Kajian ini mencadangkan agar semua pihak yang terlibat dalam interaksi melibatkan agama harus mengekalkan elemen rasional dan mengelakkan elemen emosi yang keterlaluan.,Master / Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | - | |
dc.subject | Apostasy | - |
dc.title | Interaksi antara agama menerusi facebook | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 175 | - |
dc.identifier.callno | BP168.S58 2015 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.