Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475669
Title: Pendekatan spiritual Islam dalam menangani gejala remaja hamil luar nikah di sekolah harapan Negeri Melaka
Authors: Nazirah Kamal Basah (P62088)
Supervisor: Salasiah Hanin Hamjah, Prof Madya Dr
Keywords: Hamil luar nikah
Spritual Islam
Pregnancy
Issue Date: 4-Sep-2015
Description: Isu remaja hamil luar nikah semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini di Malaysia. Masalah ini jika tidak diatasi dengan berkesan akan memberi impak yang negatif terhadap kesejahteraan masyarakat, keharmonian institusi kekeluargaan dan sahsiah remaja. Objektif kajian ini dilakukan adalah bagi mengkaji beberapa faktor relevan yang menjadi penyumbang utama permasalahan remaja hamil luar nikah. Kajian ini turut dilakukan bagi mengkaji kaedah spiritual yang dipraktikan oleh reponden kajian bagi membendung gejala hamil luar nikah dan kajian ini juga menganalisis pendekatan spiritual Islam bagi menangani masalah remaja hamil luar nikah di Sekolah Harapan Negeri Melaka.Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Seramai 50 orang responden telah dipilih sebagai sampel kajian di Sekolah Harapan Negeri Melaka dengan menggunakan keseluruhan jumlah populasi responden. Data kajian dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan SPSS 20.0. Hasil kajian menunjukkan terdapat empat faktor utama yang menyumbang kepada permasalahan remaja hamil luar nikah iaitu faktor ibu bapa, rakan-rakan, media massa dan diri sendiri. Fenomena negatif ini memerlukan solusi penyelesaiannya. Justeru itu, Hasil kajian menunjukkan terdapat dua entiti yang perlu mempraktikkan kaedah spritual ini, pertama institusi keluarga dan kedua dari pihak remaja sendiri. Seterusnya, dapatan yang diperolehi menunjukkan amalan spiritual seperti solat, membaca al-Quran, berzikir, qiyamullai serta berdoa dapat menimbulkan kesedaran dalam diri responden untuk membendung anasir negatif yang menyebabkan mereka terjebak dengan gejala seks bebas. Kesimpulannya, pendekatan spiritual Islam telah dilaksanakan di Sekolah Harapan Negeri Melaka dan membentuk perubahan dalam diri responden untuk berubah ke arah lebih positif.,Master / Sarjana
Pages: 125
Call Number: HQ759.4.N99 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.