Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475668
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Aminah Abdullah, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Norra Ismail (P58620) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:40:52Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:40:52Z | - |
dc.date.issued | 2016-01-04 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:83920 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475668 | - |
dc.description | Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji aktiviti antipengoksidaan, antikanser dan anti-mikrobiologi yang terdapat pada rumpai laut perang Malaysia sebagai kajian awalan ke arah pembangunan produk minuman berfungsi berasaskan rumpai laut perang tempatan. Buat masa ini, kajian aktiviti biologi rumpai laut perang tempatan tidak banyak dilaporkan. Penghasilan ekstrak yang mempunyai aktiviti biologi yang optimum perlu sebelum produk minuman berfungsi dapat dibangunkan. Oleh itu, kesan penyediaan ekstrak rumpai laut perang, Sargassum sp. ke atas aktiviti biologi perlu dikaji. Sargassum sp. yang digunak dalam kajian ini diperolehi dari Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah. Kaedah pengeringan ketuhar, cahaya matahari dan sejuk beku kering telah digunakan di dalam kajian ini dan serbuk kering yang terhasil di kisar dengan ayak pengisar bersaiz 2.0 mm dan 0.25 mm sebelum diekstrak menggunakan air didih (teknik rendaman) dan 50% (v/v) etanol untuk mengkaji kesan saiz partikel dan pelarut pengekstrakan berbeza ke atas kapasiti antipengoksidaan. Kaedah Respon Permukaan (RSM) digunakan bagi tujuan pengoptimuman parameter pengekstrakan dan pengeringan. Kapasiti antipengoksidaan pada Sargassum sp. diukur menerusi asai kandungan jumlah fenol (TPC) menggunakan kaedah Folin-Ciocalteu, aktiviti antipengoksidaan menggunakan tiga asai iaitu aktiviti penghapus sisa radikal oleh 2,2-difenil-1-pikrilhidrazil (DPPH), kuasa penurun antipengoksidaan ion ferik (FRAP) dan keupayaan penyerapan radikal oksigen (ORAC). Kandungan fukozantin diukur menggunakan alat kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC) manakala aktiviti antiproliferasi ekstrak metanol dan etanol Sargassum sp. telah diuji ke atas panel titisan sel kanser paru-paru (NCIH-23) dan sel hati (HepG2) manusia. TPC dan aktiviti antipengoksidaan (AOA) menunjukkan peningkatan signifikan (p < 0.05) bagi sampel yang bersaiz partikel 0.25 mm yang dikeringkan menggunakan ketuhar di dalam ekstrak air didih. Pengeringan Sargassum sp. menggunakan ketuhar pada suhu 110°C merupakan kaedah pengeringan yang dapat menghasilkan serbuk kering Sargassum sp. yang tinggi kandungan polifenol dan aktiviti antipengoksidaan. Kandungan jumlah lipid, fukozantin, fenolik dan juga aktiviti antipengoksidaan pada Sargassum sp. didapati meningkat dengan peningkatan suhu pengeringan ketuhar dan suhu semasa pengekstrakan. Aktiviti antiproliferasi ke atas sel kanser NCIH-23 dan HepG2 memberikan nilai EC50 yang signifikan (≤ 100 μg/mL) pada ekstrak metanol dan etanol Sargassum sp. Manakala, ekstrak metanol, etanol dan air Sargassum sp. tidak menunjukkan kesan positif terhadap aktiviti anti-mikrobiologi. Setiap ekstrak pada semua siri kepekatan tidak merencat pertumbuhan Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa, Staphylococcus aureus, Aspergilus niger dan Saccaromyces cerevisiae. Sebagai kesimpulan, rumpai laut perang Malaysia berpotensi dijadikan sebagai salah satu ingredien berfungsi di dalam produk minuman berfungsi pada masa akan datang. Keupayaan sebagai agen antipengoksidaan serta nilai EC50 yang kurang daripada 100 μg/mL bagi aktiviti antiproliferasi pada ekstrak Sargassum sp. yang dihasilkan ini merupakan permulaan yang baik untuk pembangunan produk minuman berfungsi daripada rumpai laut Malaysia.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Rumpai laut perang | - |
dc.subject | Sargassum sp. | - |
dc.subject | Anti pengoksidaan | - |
dc.subject | Produk minuman | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kesan proses penyediaan ekstrak rumpai laut Sargassum sp. ke atas aktiviti biologi ke arah pembangunan minuman berfungsi | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 139 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.