Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475664
Title: Model penerimaan e-pembelajaran berdasarkan model UTAUT (kajian kes KPTM Bangi)
Authors: Nor Hayati Jaapar (P61019)
Supervisor: Suhaila Zainudin, Dr.
Keywords: E-pembelajaran
KPTM Bangi
Sistem pengajaran
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Jan-2016
Description: Ledakan teknologi maklumat di dalam kaedah sistem pengajaran dan pembelajaran (PnP) telah banyak membawa arus perubahan di dalam sistem pendidikan kebelakangan ini. Penggunaan E-Pembelajaran dilihat amat penting kepada pensyarah dan pelajar di mana semua maklumat dan bahan kandungan pembelajaran dapat disampaikan secara terus. Walau bagaimanapun, halangan dan cabaran yang dihadapi oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta adalah keengganan pelajar dan pensyarah menggunakan sistem E-pembelajaran. Ini akan membantutkan usaha di dalam penyampaian pembelajaran secara berkesan menerusi E-pembelajaran. Kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap penerimaan E-pembelajaran di kalangan pensyarah Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi. Faktor-faktor dikenal pasti dengan menggunakan model rangka kerja ‘Unified Theory of Acceptance and Use of Technology’ (UTAUT) yang melibatkan tujuh konstruk iaitu Jangkaan Prestasi, Jangkaan Usaha, Pengaruh Sosial, Situasi Memudahkan, Sikap Terhadap Teknologi, Keberkesanan Diri dan Kebimbangan. Tiga struktur tambahan iaitu Motivasi Menggunakan Sistem, Pengaruh Persekitaran dan Sikap Kendiri dikenal pasti sebagai faktor yang mempengaruhi penggunaan E-Pembelajaran di KPTM Bangi. Kajian ini menggabungkan kaedah analisis data kuantitatif dan kualitatif. Bagi kaedah kuantitatif, borang soal selidik diedarkan kepada 120 pensyarah KPTM Bangi dan pengembalian borang adalah sebanyak 92 borang. Bagi kajian kualitatif, pengesahan data dilakukan dengan dua orang pakar iaitu Timbalan Pengarah Akademik (TPA) dan Ketua Jabatan Matematik dan Sains Komputer (KJJMSK) yang terlibat secara langsung di dalam proses E-Pembelajaran KPTM Bangi. Hasil kajian kuantitatif menunjukkan bahawa struktur motivasi menggunakan sistem yang terdiri daripada Jangkaan Prestasi, Jangkaan Usaha dan Sikap Terhadap Teknologi (83.7%), struktur pengaruh Persekitaran yang terdiri daripada Pengaruh Sosial (70.7%) dan faktor Sikap Kendiri yang terdiri daripada Situasi Memudahkan, Keberkesanan Diri dan Kebimbangan (91.3%) merupakan faktor yang mempengaruhi pengguna untuk menggunakan sistem E-Pembelajaran. Manakala hasil kajian kualitatif melalui temu bual yang dijalankan mendapati bahawa persetujuan yang sama terhadap soalan-soalan yang diberikan mengesahkan ketiga-tiga struktur yang baru. Kajian ini akan memberikan kefahaman yang jelas terhadap faktor yang mempengaruhi penggunaan sistem E-pembelajaran di kalangan pensyarah KPTM Bangi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 134
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.