Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475663
Title: Penterjemahan teks menu makanan bahasa Thai ke bahasa Melayu menggunakan augmentasi realiti mudah alih
Authors: Muhammad Pu (P68491)
Supervisor: Bahari Idrus, Dr.
Keywords: Augmentasi realiti
Peranti mudah alih
Terjemahan teks
Bahasa Thai
Bahasa Melayu
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Jan-2016
Description: Augmentasi Realiti (AR) merupakan satu teknologi yang menggabungkan dunia nyata dan dunia maya secara digital menggunakan peranti mudah alih seperti tablet atau telefon. Teknologi AR ini dapat membantu pelancong Malaysia yang menghadapi kesukaran untuk memahami bahasa Thai ketika melawat negara Thai. Oleh itu, aplikasi penterjemah bahasa Thai ke bahasa Melayu diperlukan untuk membantu pelancong Malaysia yang juga merupakan pelancong utama ke negara Thai dalam memahami bahasa Thai. Objektif kajian ini adalah untuk merekabentuk satu kerangka penterjemahan menu makanan dalam bahasa Thai ke bahasa Melayu berasaskan teknologi AR mudah alih, seterusnya membangunkan aplikasi penterjemahan dan menguji keberkesanan aplikasi penterjemahan tersebut. Satu prototaip aplikasi AR yang dapat menterjemah menu makanan dalam tulisan Thai yang bercetak ke bahasa Melayu dan memaparkan hasil terjemahan secara visual di atas skrin peranti mudah alih android dibangunkan. Prototaip dibangun berdasarkan kerangka penterjemahan yang mengandungi tiga komponen utama iaitu pengimbasan, teknologi Optical Character Recognition (OCR) dan penterjemahan. Komponen pengimbasan merujuk kepada pengimbasan pada tulisan Thai yang bercetak menggunakan kamera. Komponen teknologi OCR merujuk kepada pengesanan, penjejakan dan pengenalpastian teks Thai menggunakan enjin OCR iaitu Tesseract. Selanjutnya, komponen penterjemahan merujuk kepada penterjemahan teks bahasa Thai yang telah dikenalpasti menggunakan pangkalan data SQLite. Penilaian terhadap aplikasi yang dibangun menunjukkan aplikasi ini berkesan untuk menterjemah tulisan teks bahasa Thai yang mempunyai ciri-ciri tertentu ke bahasa Melayu. Penilaian keberkesanan telah dilakukan ke atas prototaip bagi 20 orang responden. Hasil kajian dari aspek keberkesanan penterjemahan menunjukkan 85% responden bersetuju bahawa aplikasi yang dibangunkan memudahkan responden dalam memahami maklumat terjemahan. Secara keseluruhan, Aplikasi ini dapat membantu pelancong Malaysia dalam menterjemah teks menu makanan bahasa Thai ke bahasa Melayu.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 125
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.