Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475655
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Irdha Mokhtar, Dr.-
dc.contributor.authorAzuniza Azhar (P67613)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:40:45Z-
dc.date.available2023-10-05T06:40:45Z-
dc.date.issued2012-12-14-
dc.identifier.otherukmvital:81990-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475655-
dc.descriptionPemantauan dan pengawalan halal adalah suatu perkara yang sangat penting bagi memastikan sesuatu produk yang terdapat di premis makanan dijamin halal dan toyyiba. Kelemahan dalam sistem dan pelaksanaan kawalan pematuhan pengeluaran makanan halal telah memberi ruang kepada premis-premis yang tidak bertanggungjawab untuk tidak mematuhi prosedur pengeluaran makanan dan pengesahan halal. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengurusan pemantauan dan pengawalan halal di JAKIM, mengkaji kaedah yang dilaksanakan oleh JAKIM terhadap premis makanan dan menganalisis pengurusan pemantauan dan pengawalan halal oleh JAKIM mengikut piawai pensijilan halal Malaysia terhadap premis makanan. Rekabentuk kajian ini ialah kajian kes. Kaedah yang digunakan dalam pengumpulan data ialah analisis kandungan dan temubual. Data dalam kajian ini dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa JAKIM melaksanakan pemantauan dan pengawalan halal terhadap premis makanan dengan penuh tanggungjawab. Setiap premis makanan yang telah mendapat Pensijilan halal akan dilakukan pemantauan mengikut jadual berkala yang telah diaturkan tanpa pengecualian. Adapun premis yang tiada sijil tersebut dipantau dan dikawal mengikut pengaduan orang ramai. Analisis kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kesan kurang baik sekiranya pihak premis makanan tidak mendapatkan Pensijilan Halal daripada pihak JAKIM bahagian Hab Halal. Oleh itu, kajian ini dapat menerangkan dengan jelas bahawa pemantauan dan pengawalan halal sangat penting dalam memastikan premis makanan dapat menyediakan dan menyajikan makanan yang halal dan toyyiba dari segi syarak.,Master,Tiada Teks Penuh - CD Rosak-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMakanan halal-
dc.subjectPremis makanan-
dc.subjectHalal food industry-Sanitation-Malaysia-
dc.titlePengurusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia terhadap pemantauan dan pengawalan halal di premis makanan-
dc.typeTheses-
dc.format.pages124-
dc.identifier.callnoHD9000.9.M4 A98 2015-
dc.identifier.barcode001578-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.