Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475654
Title: Pemberian kontraseptif dalam kalangan pengamal perubatan kepada remaja muslim yang berzina menurut konsep al-Hajah
Authors: Kauthar Jamalludin (P56854)
Supervisor: Dr. Mohd Al-Adib Bin Samuri
Keywords: Pemberian kontraseptif
Kehamilan
Remaja muslim
Konsep al-Hajah
Contraception-religious aspects-Islam.
Issue Date: 18-Jan-2013
Description: Pemberian kontraseptif kepada remaja Muslim yang berzina merupakan satu isu yang kontroversial kerana ia dilihat sebagai faktor penggalak kepada berterusannya remaja tersebut dalam melakukan zina. Walau bagaimanapun masyarakat hari ini berdepan dengan satu lagi isu yang besar iaitu peningkatan kehamilan remaja yang menyumbang kepada pelbagai masalah sosial seperti pertambahan bilangan anak tak sah taraf, pengguguran dan pembuangan bayi. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji isu pemberian kontraseptif kepada remaja Muslim yang berzina berdasarkan konsep al-ḥājah bagi mengenalpasti sama ada pemberian atau membekalkan kontraseptif wajar atau tidak. Kajian ini juga dilakukan bagi menganalisis pandangan pakar-pakar perubatan tentang keperluan kontraseptif untuk remaja berisiko. Akhirnya, kajian ini mengemukakan cadangan garis panduan yang perlu ada dalam membenarkan kontraseptif bagi remaja muslim yang berzina. Rekabentuk kajian ini adalah kajian kes yang menggunakan kaedah analisis dokumen dengan merujuk kepada pelbagai buku dan penulisan berkenaan konsep al-ḥājah serta jurnal-jurnal berkaitan kontraseptif dan perubatan. Kaedah temubual mendalam separa struktur juga dijalankan ke atas 10 orang pakar yang terdiri daripada pakar-pakar sakit puan dan pakar-pakar perubatan keluarga bagi mendapatkan persepsi mereka berkenaan isu ini. Hasil kajian mendapati kontraseptif wajar diberikan kepada remaja Muslim yang sudah terjebak dengan zina berdasarkan al-ḥājah yang disahkan oleh pengamal perubatan yang berkelayakan. Kajian ini juga mendapati semua partisipan tidak menolak keperluan pemberian kontraseptif kepada golongan ini dalam rangka rawatan dan pencegahan. Kajian ini penting bagi penggubal-penggubal dasar dalam merangka polisi yang sesuai bagi membendung masalah kehamilan remaja dalam masa yang sama mengawal gejala zina. Implikasi kajian ini menunjukkan keperluan kepada garis panduan yang lebih jelas dan konkrit bagi mengawal perkhidmatan kontraseptif di kalangan remaja Muslim di Malaysia.,Giving contraceptive to Muslim teenagers who has committed adultery forms a controversial issue, for it is view as a factor encouraging teenagers’ continued involvement in adultery. However, the society today faces another serious issue teenage pregnancy, which contributes to various social problems such as the increasing number of illegitimate children, abortion and abandonment of newly born children. Therefore, this research aims to study the concept of al-ḥājah in the context of the issue of providing contraceptive to Muslim teenagers involved in adultery. It also attempts to identify which one of the two options unrestricted or restricted distribution of the contraceptive should be given priority in this respect. This study also analyses the views of medical specialists regarding the need for distribution of contraceptive to such teenagers. Finally the research proposes the suggestion that a guideline be provided in permitting the use of contraceptive by Muslim teenagers involved in adultery. This study implemented case study methods such as document analysis and interviews. The study refers to various books and writings related to the concept of al-ḥājah including relevant journals on contraception and medicine. Semi-structured interview method is applied to 10 specialists involving gynecologists and family medicine specialists to obtain their perception about the issue. The findings of the study show that contraceptive can be given to Muslim teenagers who have been indulged in adultery with the existence of al-ḥājah certified by a qualified medical practitioner. This study also finds that all the participants do not reject the need for the distribution of contraceptives to this group in the frame of treatment and prevention. This research has important implications for legislation and in the drafting of policies suitable for curtailing teenage’s pregnancy problems, meanwhile controlling the symptom of adultery. Implication of the study shows that a clearer and concrete guidelines is needed to control contraceptive services among Muslim teenagers in Malaysia.,Master
Pages: 135
Call Number: BP190.5.C588 K348 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.