Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475649
Title: | Kajian teori dan aplikasi fenomena tekanan suara dalam bacaan Quran secara bertajwid |
Authors: | Muhammad Kabir Adam (P44817) |
Supervisor: | Dr. Kasih binti Haji Abi Bakar |
Keywords: | Tekanan suara Bacaan Quran Tajwid Qur'an-recitation-study and teaching |
Issue Date: | 9-Jan-2013 |
Description: | Para sarjana Arab berbeza pendapat dalam masalah tekanan suara (al-nabr) dalam bahasa Arab. Segolongan menafikan sama sekali kewujudannya, sementara yang lain berpendapat fenomena ini ada dalam bahasa tersebut. Namun begitu, fenomena ini tidak dihuraikan secara terperinci dan ia menarik perhatian pengkaji untuk melakukan kajian mengenainya. Kajian ini bertujuan untuk memastikan keaslian teori tekanan suara itu pada sarjana Arab silam. Kajian juga akan menyerlahkan fenomena tekanan suara dari sudut kaedah dan jenisnya di samping menyingkap ciri tekanan suara dalam bahasa Arab yang bersifat bebas. Kajian ini juga mengkaji kesan tekanan suara pada bacaan Qur’an secara bertajwid melalui kajian teori dan makmal. Kajian ini menggunakan metode deskriptif dan analisis dengan mengkaji dan menganalisis dokumen daripada buku, tesis dan kajian ilmiah yang berkaitan dengan tajuk. Metode aplikasi makmal digunakan untuk menganalisis dalam bentuk graf sejumlah 182 sampel perkataan daripada 30 ayat, awal Surah Al ‘Imran. Pengkaji memilih bacaan 3 orang qari yang tersohor iaitu; Muhammad Siddiq al-Manshawi, ‘Abd al-Rahman alHudhayfi dan Mahmud Khalil al-Husari. Ayat Qur’an tersebut dianalisis menggunakan perisian (MATLAB). Kaedah untuk mengetahui nisbah tekanan suara pada perkataan ialah dengan memerhatikan kekuatan gelombang suara pada perkataan Arab tersebut. Antara dapatan utama kajian ini ialah; para sarjana Arab ada membicarakan tentang tekanan suara ini, cuma mereka tidak membincangkannya secara mendalam seperti perbincangan sarjana kontemporari. Kajian makmal mendapati bahawa teori sarjana era moden untuk menetapkan kedudukan tekanan suara dan kaedahnya pada perkataan dan ayat adalah betul. Kajian juga mendapati bahawa sistem tekana suara dalam bahasa Arab adalah bebas atas sebab tasrif dan binaan kata. Manakala perpindahan tekanan suara antara suku kata dan ayat menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa bertekanan suara. Kajian juga mendapati bahawa tekanan suara ini ada hubungan dengan tajwid melalui madd, waqaf dan ibtida’, manakala hubungan tekanan suara dengan tajwid adalah hubungan yang seiring. Kajian mendapati bahawa tekanan suara memberi kesan yang jelas pada pembacaan Qur’an bertajwid melalui rentak dan bunyi suara yang berentetan ketika proses pembacaan, natijah daripada waqaf dan ibtida’. Secara umumnya, kajian ini mendapati bahawa kedah tekanan suara dalam bahasa Arab diaplikasikan pada pembacaan Qur’an secara bertajwid. Kajian secara makmal juga menetapkan satu teori baru tekanan suara iaitu, apabila berhimpun dua suku kata yang panjang dalam satu perkataan, tekanan suara terletak pada suku kata sebelum akhir perkataan tersebut.,Arabic scholars disagree with the existence of stress in Arabic language, some of them turn to totally reject the stress in Arabic language whereas others accept the stress of the language. However, the stress phenomenon is not seriously attended to, which is impetus for this study, aiming to determine the opinion that the theory of stress originates from the past Arabic scholars. Thus, the objective of this study to crystallize the existence and rules of the stress, to identify types of the stress, and to expose the stressed language and the extent of efficacy of Arabic language as one of stressed languages. Likewise, this study is aimed at the influence of the stress in the Qur’anic recitation with tajwid, by focusing on theoretical and practical aspects. Thus, this study is built on descriptive method, focusing on an analysis of the texts of the analytical works, theses and researches related to the topic here, apart from experimental and applied method, through which this study analyzes the graphic samples of one hundred and eighty-two verses from the beginning of the chapter of Āl P c PImrān. As for the experimental analysis, this study focuses on the recitation of the Qur’an with tajwid of three well-known recitors, namely Muḥammad Ṣ adīq al - Minshāwī, P c Abd al P -Raḥmān P c Alī al P -Ḥudhayfī and Maḥ m�d Khalīl al-Ḥuṣ rī. This experimental analysis is accomplished by using MATLAB software. Obviously, the way to identify the stress of an Arabic word is relative where the existence of the stress of Arabic words is observable through the strength of vibration of the sound. To conclude, most importantly, the Arabic scholars have really touched on the issue of the stress but they have not deepened what is now suggested by modern Arabic scholars. Noticeably, the experimental analysis validates the theory of present Arabic scholar in relation to the identification of the points of stress and their rules for an Arabic word or sentence. It is also noticeable that the system of the stress in Arabic language is free according to morphological and compositional reasons. The shifting of the stress among syllables of the word or of the sentence makes Arabic as one of the stressed languages. This study also indicates that the existence of the stress is influential in the recitation of the Qur’an with tajwid, and this can be noted in the sequential rhythms and intonations in the recitation as a result the halt and commencement of recitation. Generally, this study establishes that the rules of the stress of Arabic are practiced in the recitation of the Qur’an with tajwid. Accordingly, the experimental analysis establishes a new theory of the stress, i.e. when it comes to two long syllables of a single word, the stress happens at the syllable before the final syllable of the word.,Ph.D |
Pages: | 429 |
Call Number: | BP131.6.M845 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.