Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475647
Title: | Bahasa wacana politik para pemimpin Iraq selepas kejatuhan Rejim Saddam Hussein 2003M-2011M |
Authors: | Abbas 'Afra' Jamil (P56914) |
Supervisor: | Dr Hajah Salma binti Ahmad |
Keywords: | Politik Iraq Kejatuhan rejim Saddam Hussein Sistem pemerintahan Dissertations Academic-Malaysia. |
Issue Date: | 2013 |
Description: | Kajian ini meneliti bahasa wacana politik Iraq selepas kejatuhan rejim Saddam Hussein tahun 3002M. Kepentingan wacana politik ini adalah melalui peranannya dalam menguruskan hal ehwal negara dan melakarkan strategi politiknya yang menjadi tonggak kehidupan, kemajuan dan keunggulan bangsa sama ada ketika perang mahupun ketika aman. Permasalahan kajian terbit daripada krisis yang melanda Iraq dan masih berlanjutan sehingga kini, natijah daripada perubahan sistem pemerintahan melalui pencerobohan Amerika yang telah mewarnai wacana politik Iraq. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti kehidupan 2 orang pemimpin yang silih berganti menerajui Iraq pada masa ini dan perubahan yang melanda negara itu dari segi politik, ekonomi dan sosial. Kajian juga mengenalpasti topik yang disentuh dalam wacana politik menerusi teks berkaitan di samping mengkaji aspek seninya. Kajian ini menggunakan metode etnografi komunikasi melalui dua teori; teori analisis wacana dan teori komunikasi, kerana kedua-duanya amat berkait rapat dengan wacana. Antara dapatan kajian ialah, terdapat topik-topik yang lahir daripada keperitan yang dialami oleh Iraq lantaran cabaran yang mendepaninya dan masih berlanjutan ketika tempoh transisi seperti terorisme, kemusnahan dan perlanggaran hak kebebasan. Terdapat juga topik yang menjurus kepada halatuju pengurusan baru dalam membina negara, pemantapan demokrasi melalui pilihanraya parlimen dan seruan untuk menyertai arena politik. Ungkapan wacana pula adalah mudah dan santai meskipun ia menggunakan ayat-ayat kompleks dan berstruktur, untuk mengungkap cabaran mendatang yang perlu dihadapi oleh Iraq. Ia adalah lantaran idea yang berkesinambungan di samping ayat kerjaan lebih banyak digunakan berbanding ayat namaan. Ini adalah gambaran kepada sari peristiwa yang sentiasa berlaku secara berterusan kerana perlakuan dan masa itu saling berhubungan. Ia bertepatan dengan realiti di Iraq sejak kejatuhan rejim hingga kini. Kemunculan istilah baru dalam wacana adalah hasil daripada proses transisi politik. Kebanyakan pidato mempunyai tempoh masa yang panjang dan menggunakan kata kerja mudari‘ yang merujuk kepada masa akan datang bertujuan untuk menyemat cebisan harapan pada jiwa orang-orang Iraq yang mendambakan hari esok yang lebih baik.,This study addresses the political discourse of the Iraqi politicians after the fall of Saddam Husayn in 3002 and it also covers the significance of the political discourse through its role in administrating the national affairs and designing the national policy which could assure the survival, progress and advancement of the people either in war or peace. The research problem lies in the quandary that still entraps the Iraqi people in consequence of the change of regime through the occupation of the Americans which glooms the political discourse. The objective of this study is to identify the lives of the three presidents who alternate at the helm of the Iraqi government during this period, and the changes in Iraq of political, economic and social arenas, and to pin down the significance of the issues related to the political discourse underlying the texts, apart from a technical study of the discourse. This study adopts method of sequential anthropology through two theories, analytical theory of discourse and communicational theory as these theories are closely related to the discourse. It is found in this study that there are issues that arise from the Iraqi dilemma that is attributed to the pervading challenges during the change of regime such as terrorism, social decadence and violation of freedom. Other issues are concerned with the orientation of the new administration in building the State and restoring democracy through parliamentary elections and call of political participation. Likewise, the expressions of the discourse are intelligible in spite of the use of complex and compound sentences purported to disclose the challenges of destiny that obscure Iraq. The intelligibility of the expressions is possibly attributed to the solidity and unity of ideas, apart from the spread of Verbal Sentences in the discourse compared with Nominal Sentences, suggesting the responsiveness, movement and development of incidents in that the verbs used are grammatically associated with period of time. This conforms to the situation of Iraq since the fall of Saddam Husayn until nowadays, and the birth of new terms in the discourses stems from the political changes and the dominance of long speeches, the use of present tense pointing to the future to grow a hope in the hearts of the Iraqis for a better future.,Master |
Pages: | 166 |
Call Number: | DS79.769 .A234 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.