Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475646
Title: | Ulum Al-Quran menurut Al-Shaykh Muhammad Ibn Yusuf Atfish melalui kitabnya Taysir Al-Tafsi' |
Authors: | Maqdami 'Isa Yahya Mas'ud (P53169) |
Supervisor: | Dr. Fazlan Usman |
Keywords: | Pandangan Al-Shaykh Muhammad Ibn Yusuf Atfish Ulum Al-Quran Qur'an -- Criticism, interpretation, etc. |
Issue Date: | 25-Jul-2016 |
Description: | Kajian ini memberikan fokus kepada pendapat dan pandangan al-Shaykh Muhammad ibn Yusuf Atfish tentang perbahasan-perbahasan dalam c Ulum al-Qur’an. Beliau adalah salah seorang ulama semasa yang tersohor di negara Maghribi yang juga merupakan seorang tokoh terkenal aliran al-Ibadiyyah. Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan mengenai keperibadian tokoh ini dan juga yang menyimpulkan pandangan serta pendapat beliau melalui hasil-hasil penulisannya. Akan tetapi, masih belum ada kajian tersendiri yang dibuat berkaitan dengan pandangan dan pendapat beliau terhadap perbahasan-perbahasan dalam c Ulum al-Qur’an. Oleh itu, kajian ini bermatlamat untuk menjelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh al-Shaykh Muhammad ibn Yusuf Atfish ketika mentafsirkan al-Quran, serta menjelaskan metodologi beliau ketika menyentuh tentang perbahasan-perbahasan c Ulum al-Qur’an dan bagaimana beliau menggunakannya ketika mentafsirkan ayat-ayat al-Quran melalui kitabnya Taysir al-Tafsir. Kajian ini juga bertujuan untuk menjelaskan interaksi para ulama aliran al-Ibadiyyah terhadap c Ulum al-Qur’an, yang beliau adalah salah seorang ulama beraliran al-Ibadiyyah, bahawa mereka tidak menulis tentang c Ulum al-Qur’an dalam tulisan yang berasingan. Kajian ini menggunakan metode induktif dengan mengkaji secara menyeluruh teks-teks kajian dan menghimpunkan tajuk-tajuk dalam c Ulum al-Qur’an yang menjadi pegangan al-Shaykh Muhammad ibn Yusuf Atfish. Kajian ini turut menggunakan metode deskriptif bagi menerangkan metodologi beliau dalam membahaskan dan menggunakan c Ulum al-Qur’an dalam pentafsiran ayat-ayat al-Quran. Kajian ini membuat kesimpulan bahawa al-Shaykh Muhammad ibn Yusuf Atfish telah menyentuh beberapa perbahasan tentang c Ulum alQur’an dalam kitab tafsir beliau, bahkan menggunakannya secara jelas dalam membuat penerangan dan penjelasan makna ayat-ayat al-Quran. Begitu juga ketika membincangkan tentang beberapa perbahasan ayat al-Quran, beliau turut membicarakan tentang riwayat-riwayat dan pandangan-pandangan yang ada, seterusnya beliau melakukan penelitian dan pentarjihan pandangan tertentu. Kajian ini dianggap sebagai satu sumbangan dalam bidang kajian yang menyentuh tentang khazanah pemikiran beliau serta menampilkan metodologi aliran al-Ibadiyyah ketika membicarakan tentang c Ulum al-Qur’an.,This research emphasizes on the opinions and thoughts of Muhammad ibn Yusuf Atfish in the themes of the sciences of Quran. Muhammad ibn Yusuf is a well-known Islamic scholar in Northwest of Africa. He is one of the prominent figures of alIbadiyyah Sect. Even though some previous studies discussed his character and concluded his statements and opinions from his written works, there is no particular study that examined his thoughts and opinions in the themes of the science of Qur’an. Therefore, the purpose of this study is to highlight his efforts in interpreting the Qur’an and his method in explaining the themes of the sciences of Quran and how he applied these sciences in his interpretation. His book Taysir al-Tafsir is the corpus of this study. The study also aims to examine the method of al-Ibadiyyah Sect in the sciences of Qur’an, focusing mainly on Atfish’s book as a leading figure in the sect and the field of science of Quran alike. The inductive method was applied in this study, putting together related data and al-Shaykh Atfish’s approved opinions in the sciences of the Qur’an. The descriptive approach was also applied to highlight alShaykh Atfish’s method and how he executed the sciences of Qur’an as assistant tools in his interpretation of the Quranic verses. The study concluded that, al-Shaykh Atfish discussed variety of the themes of the sciences of Qur’an and utilized them in explanation and elucidation of meanings of the Qur’anic verses. He also discussed some Qur’anic themes along with their relevant narrations and statements proving their authenticity hence, preferring the authentic one. This study can be considered as a contribution to the field of the studies related to the intellectual heritage of alShaykh Atfish by highlighting Ibadiyyah method in dealing with the sciences of Qur’an.,Master |
Pages: | 151 |
Call Number: | BP130.4.A833 M345 2014 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.