Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475643
Title: | Kajian farmakognosi dan aktiviti perencatan xantina oksidase ke atas ekstrak dan sebatian-sebatian fitokimia daripada marantodes pumilim (blume) kuntze var. alata, var. pumila dan var lanceolata (primulaceae) |
Authors: | Nor-Ashila Aladdin (P60218) |
Supervisor: | Jamia Azdina Jamal, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Marantodes pumilum Farkmakognosi Fitokimia Xantina oksidase Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 16-Dec-2015 |
Description: | Marantodes pumilum (Blume) Kuntze digunakan secara tradisional oleh wanita untuk membantu kelahiran, merawat masalah reumatisme, dismenorea, gonorea dan sakit dalam tulang. Terdapat tiga variasi M. pumilum iaitu var. alata, var. pumila dan var. lanceolata. Persamaan ciri makromorfologi menyebabkan kaedah yang berkesan perlu dibangunkan untuk membantu pengesahan tumbuhan dengan tepat bagi tujuan kawalan kualiti. M. pumilum juga dilaporkan mempunyai aktiviti xantina oksidase (XO). XO adalah enzim yang memangkinkan penghasilan asid urik. Asid urik yang berlebihan boleh direncat menggunakan alopurinol tetapi ia dilaporkan memberi beberapa kesan sampingan. Oleh itu, kajian dari tumbuhan semula jadi dijalankan sebagai rawatan alternatif penyakit yang berkaitan asid urik. Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan tiga variasi M. pumilum melalui analisis mikroskopi, proksimat dan pemprofilan kimia. Kesemua ekstrak, fraksi dan sebatian-sebatian fitokimia telah dijalankan asai perencatan XO secara in vitro. Daun dan batang segar M. pumilum digunakan dalam analisis mikroskopi. Serbuk kering daun dan batang-akar M. pumilum digunakan untuk analisis proksimat, pemprofilan kimia dan asai XO. Serbuk kering diekstrak secara berturutan dengan pelarut diklorometana (DCM) dan metanol (MeOH) menggunakan kaedah maserasi, dan pelarut air menggunakan kaedah refluks. Aktiviti perencatan XO ditentukan secara spektorofotometer dengan mengukur penyerapan asid urik pada 295 nm yang dihasilkan daripada tindakbalas antara substrat xantina (0.15 mM) dan campuran sampel serta enzim XO (0.2 unit/mL) selepas diikubasi selama 10 minit dengan menggunakan kaedah platmikro telaga 96 dasar rata. Pemencilan dan penentuan sebatian dijalankan masing-masing menggunakan teknik kromatografi dan spektroskopi. Hasil analisis mikroskopi seperti jenis stomata dan trikom, bentuk luaran sel, penyusunan berkas vaskular dan taburan sel rangkuman menunjukkan ciri-ciri yang berbeza antara variasi M. pumilum. Hasil analisis proksimat seperti jumlah kandungan fenolik dan flavonoid menunjukkan nilai yang berbeza antara variasi dalam ekstrak DCM dan MeOH. Pemprofilan kimia ekstrak DCM boleh dibezakan berdasarkan pada keamatan zon dan puncak sebatian terpilih menggunakan kaedah KCPT dan KLNPT. Terdapat tujuh sebatian telah dipencilkan dari ekstrak aktif DCM daun M. pumilum var. pumila iaitu tetrakosana, asid heptadekanoik, stigmasterol, maesanin, 2,2'-[(Z)-8-heksadekana-1,16-dil]bis[2,5-dihidroksi-6-metoksi-3-sikloheksadiana-1,4-diona] dan dua daripadanya; ardisiakuinon A (IC50 59.04 μM) dan 3,7-dihidroksi-5-metoksi-4,8-dimetil-isokomarin (2.84 μM) menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan terhadap perencatan XO berbanding dengan alopurinol (IC50 1.76 μM) (p≥0.05). Tiga sebatian juga telah dipencilkan daripada batang-akar M. pumilum var. pumila iaitu demetilbelamkandakuinon B, irisresorsinol dan belamkandol B. Kesimpulannya, kajian farmakognosi ini dapat membandingkan dan menyediakan data pengecaman sistematik bagi ketiga-tiga variasi M. pumilum. Sebatian 3,7-dihidroksi-5-metoksi-4,8-dimetil-isokomarin dicadangkan sebagai sebatian baru dari M. pumilum var. pumila yang berpotensi terhadap aktiviti perencatan XO.,Sarjana Sains |
Pages: | 199 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.