Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475642
Title: Kesan terbitan kalkon dan analog kurkumin terhadap penghasilan kemokin proinflamasi terangsang plamitoil arakidonoil fosforilkolin teroksida
Authors: Lim Sock Jin (P73184)
Supervisor: Norsyahida Fauzi, Dr.
Keywords: Kalkon
Analog kurkumin
Kemokin proinflamasi
Plamitoil arakidonoil fosforilkolin teroksida
OxPAPC
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-May-2014
Description: Aterosklerosis dan penyakit kardiovaskular lain merupakan salah satu ancaman kesihatan manusia yang biasa berlaku di seluruh dunia. Fosfolipid 1-palmitoil-2-arakidonoil-sn-gliserol-3-fosforilkolin teroksida (OxPAPC), iaitu komponen bioaktif yang terdapat pada lipoprotein ketumpatan rendah terubahsuai (MM-LDL) kerap dikaji peranannya terhadap rangsangan inflamasi vaskular seperti aterosklerosis. Ia memainkan peranan penting dalam merangsang penghasilan kemokin proinflamasi interleukin-8 (IL-8) dan protein pengkemotarik monosit-1 (MCP-1) melalui pengaktifan tapak jalan reaksi protein tak-terlipat (UPR). Kalkon dan kurkumin merupakan sebatian polifenolik semula jadi yang terkenal dengan pelbagai sifat anti-inflamasi. Namun demikian, kesan sebatian polifenolik terhadap perencatan kemokin proinflamasi melalui tapak jalan UPR masih kurang diketahui. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji kesan perencatan terbitan kalkon dan analog kurkumin terhadap penghasilan kemokin proinflamasi melalui perencatan tapak jalan UPR. Kesitotoksikan bagi kesemua sebatian kajian ditentukan terlebih dahulu melalui asai 3-(4,5-dimetilthiazol-2-il)-2,5-difenil ascula pada makrofaj U-937. Kemudian, sebatian kajian pada kepekatan yang menyebabkan kebolehhidupan sel melebihi 90% digunakan bagi menentukan penghasilan kemokin IL-8 dan MCP-1 dengan asai imunoserap terangkai enzim. Jumlah lisat sel dikumpul dan sampel protein disediakan berpandu pada asai Bradford dan seterusnya digunakan dalam analisis imunoblot Western bagi penentuan ekspresi protein pengikat X-box-1 (XBP1), iaitu efektor penting bagi tapak jalan UPR. Hasil kajian menunjukkan bahawa terbitan kalkon dan analog kurkumin berupaya merencat penghasilan kemokin proinflamasi rangsangan OxPAPC pada makrofaj U-937, secara bersandar pada kepekatan rawatan yang diberi. Bagi terbitan kalkon, sebatian 1.5 menunjukkan kesan perencatan paling tinggi terhadap penghasilan IL-8 (61.4 � 4.23% ) dan juga MCP-1 (63.8 � 2.16%). Ia juga mencatat nilai IC50 paling rendah bagi penghasilan IL-8 dan MCP-1, iaitu masing-masing pada 18.33 � 1.59 �M dan 13.05 � 1.37 �M. Terbitan kalkon 1.4 dan 1.5 juga berupaya merencat ekspresi XBP1 secara signifikan (p<0.05). Bagi analog kurkumin, sebatian 2.4 menunjukkan kesan perencatan paling tinggi bagi penghasilan IL-8, iaitu pada 73.46 � 2.00%. Ia juga mencapai nilai IC50 yang paling rendah, pada 7.33 � 2.81 �M bagi penghasilan IL-8. Bagi penghasilan MCP-1, sebatian 2.1 menunjukkan kesan perencatan paling tinggi (66.76 �1.71%), manakala sebatian 2.6 menunjukkan nilai IC50 paling rendah (12.98 � 1.97 �M). Semua analog kurkumin, kecuali sebatian 2.1 menunjukkan kesan perencatan yang signifikan terhadap ekspresi protein XBP1 yang berdasarkan pada kepekatan rawatan (p<0.05). Hasil kajian yang diperoleh mencadangkan bahawa sebatian polifenol kalkon dan kurkumin berpotensi dijadikan sebagai agen anti-inflamasi bagi intervensi inflamasi vaskular pada masa hadapan.,Sarjana Sains Farmasi
Pages: 105
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.