Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475641
Title: Rangka kerja perkongsian pengetahuan dalam kalangan tenaga pengajar institusi TVET
Authors: Hanimastura Hashim (P72330)
Supervisor: Hairulliza Mohamad Judi
Keywords: Organizational learning -- Teachers -- Education
Knowledge management -- Teachers -- Education
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Knowledge
Theory of
Issue Date: 26-Dec-2013
Description: Perkongsian pengetahuan antara tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi dengan tenaga pengajar lain adalah penting dalam mempertingkatkan kualiti latihan dan pembangunan kemahiran di Institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (Technical Vocational Education and Training (TVET)). Perkongsian pengetahuan mampu membantu mengelakkan kehilangan pengetahuan dalam sesebuah institusi apabila berlaku perpindahan, kenaikan pangkat dan pesaraan dalam kalangan tenaga pengajar yang berpengetahuan. Dalam dunia tanpa sempadan, penggunaan teknologi maklumat membolehkan aktiviti perkongsian pengetahuan dapat dijalankan dengan lebih efisien, cepat dan meluas. Pemahaman berkenaan faktor penyumbang kepada aktiviti perkongsian pengetahuan dalam persekitaran institusi TVET diperlukan kerana aktiviti ini seringkali menghadapi kegagalan disebabkan kebanyakan individu lebih cenderung mencari pengetahuan daripada menyumbang pengetahuan. Justeru kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti faktor yang mempengaruhi aktiviti perkongsian pengetahuan dalam kalangan tenaga pengajar di institusi TVET dan membangunkan rangka faktor bagi menjayakan aktiviti perkongsian pengetahuan tersebut. Kaedah kajian ini menggabungkan kaedah kualitatif iaitu temubual separa berstruktur dan kuantitatif iaitu melalui borang soal selidik. Persampelan secara temu bual dilakukan secara persampelan bola salji dengan melibatkan empat tenaga pengajar dan dua orang pakar manakala persampelan rawak berstrata digunakan bagi kajian kuantitatif dengan melibatkan 96 responden. Analisis data kualitatif dilakukan secara analisis kandungan manakala data kuantitatif dianalisis secara analisis regresi berganda. Berdasarkan sorotan kesusasteraan dan temu bual, empat faktor dikenal pasti bagi pendekatan bukan teknikal iaitu faktor organisasi, faktor individu, faktor kandungan dan faktor kerjasama manakala satu pendekatan teknikal iaitu faktor teknologi mempengaruhi aktiviti perkongsian pengetahuan. Analisis regresi linear berganda pula mendapati hanya empat faktor yang mempunyai hubungan yang signifikan dalam mempengaruhi aktiviti perkongsian pengetahuan dalam institusi TVET iaitu faktor organisasi, faktor kandungan, faktor kerjasama dan faktor teknologi. Rangka kerja yang dicadangkan dijangka dapat membantu organisasi ke arah pembangunan repositori perkongsian pengetahuan bagi menggalakkan perkongsian pengetahuan dalam kalangan tenaga pengajar di institusi TVET.,Sarjana Teknologi Maklumat
Pages: 135
Call Number: HD58.82.H3585 2015 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475641
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.