Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475632
Title: | Analisis profil pengekspresan gen-gen berkaitan keimunan Lates calcarifer dijangkiti Cryptocaryon irritans |
Authors: | Norashikin @ Suzani Mohd Shaharuddin. |
Supervisor: | Sheila Nathan, Prof. Dr. |
Keywords: | Analisis profil Pengekspresan gen-gen Lates calcarifer Cryptocaryon irritans Giant perch |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Cyptocaryonosis atau penyakit bintik putih yang disebabkan oleh parasit protozoa Cryptocaryon irritans berupaya menjangkiti pelbagai jenis ikan marin termasuk Lates calcarifer (ikan siakap). Dalam kajian ini, analisis tindak balas rantaian polimerase kuantitatif (qPCR) telah dilakukan untuk melihat profil pengekspresan gen berkaitan keimunan L. calcarifer yang dijangkiti C. irritans. Sejumlah 24 gen berkaitan keimunan yang mengekodkan protein pelbagai fungsi dalam sistem imun ikan digunakan dalam analisis qPCR. Eksperimen dimulakan dengan jangkitan ikan juvenil oleh parasit di mana ikan didedahkan kepada theron daripada 200 sista C. irritans. Ikan juvenil tanpa jangkitan telah digunakan sebagai kawalan. Persampelan tisu limpa, hepar, insang dan ginjal dilakukan pada hari ketiga pasca jangkitan bagi ikan kawalan dan ikan terjangkit hari ketiga pasca-jangkitan manakala persampelan bagi ikan terjangkit hari kesepuluh pasca-jangkitan dilakukan pada hari kesepuluh di mana ikan telah dibiarkan pulih mulai hari keempat sehingga hari kesepuluh pasca-jangkitan. L. calcarifer menunjukkan kesan patologi yang ketara pada hari ketiga pasca-jangkitan dengan kehadiran bintik-bintik putih pada seluruh badan ikan, penghasilan mukus secara berlebihan serta pembentukan selaput pada mata ikan. RNA jumlah yang diekstrak daripada kesemua tisu adalah berkualiti tinggi dengan nilai integriti RNA (RIN) dalam lingkungan 6.7 - 9.3. Analisis qPCR gen terpilih bagi ikan yang terjangkit pada hari ketiga pasca-jangkitan menunjukkan kebanyakan gen teraruh secara signifikan (p<0.05) dalam kesemua tisu terutamanya tisu hepar dan ginjal masing-masing sebanyak 12124 (50%) dan 12124 (50%) gen. Bagaimanapun, bagi ikan yang telah dibiarkan pulih daripada jangkitan C. irritans (10 hari pasca-jangkitan), pengekspresan gen berkaitan keimunan tersebut tertindas sehingga mencapai semula tahap yang sarna dengan kawalan. Profil pengekspresan ikan terjangkit menunjukkan aruhan gen MHC kelas IIa adalah tertinggi berbanding gen-gen lain diikuti gen serum arniloid A, CC kemokin dan prekursor hepsidin-2. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa sistem keimunan semula jadi L. calcarifer memainkan peranan penting dalam pertahanan awal terhadap infeksi parasit.,Sarjana Sains |
Pages: | 123 |
Call Number: | QL638.C34.N647 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.