Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475598
Title: Kerangka falsafah insaniah Sa'di al-Shirazi dalam bustan
Authors: Afifah binti Azmi
Supervisor: Dr. Zulkarnain bin Mohamed
Keywords: Falsafah insaniah
Sa'di al-Shirazi
Poets
Persian
Humanity
Issue Date: 28-Mar-2012
Description: Sa'di al-Shirazi merupakan tokoh sasterawan kemanusiaan Parsi klasik yang membincangkan insaniah dalam karyanya yang bertajuk Bus/an. Dari sudut literal, konsep insaniah yang dikemukakan nampak menyamai dengan humanisme yang dipelopori oleh Barat. Namun, terdapat perbezaan berdasarkan latarbelakang agama dan ideologi yang mendasari kedua-dua konsep itu. Objektifutama kajian ini dijalankan untuk mencerakinkan perbezaan humanisme dan insaniah dalam aspek konsep, sumber dan cakupan secara umum, menjelaskan kerangka falsafah, sumber falsafah dan cakupan falsafah insaniah Sa'di al-Shirazi yang terdapat dalam karya Bus/an. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi metode kajian kepustakaan dengan mereka bentuk analisis kandungan teks dan komparitif Kajian ini merujuk kepada al-Qur'an, Hadith, karya penulisan, kertas kerja seminar, tesis atau hasil kajian terdahulu, artikel serta bahan-bahan ilmiah yang diperolehi daripada laman web internet bersifat sejarah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan tajuk kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa humanisme Barat hanya menekankan kepentingan manusia semata-mata berbeza dengan insaniah yang menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah SWT dan mengamalkan nilai-nilai yang terpuji dalam kehidupan. Kerangka insaniah Sa'di al-Shirazi merangkumi aspek akhlak dan nilai moral, ilmu pengetahuan, kerohanian dan keadilan. Sumber falsafah insaniah beliau terdiri daripada al-Qur'an, Hadith, sejarah Islam, kisah sufi, karya cinta seorang sufi, kisah para nabi, mitos, kisah pengalaman beliau dan kisah-kisah lisan. Manakala hasil cakupan didapati bahawa aspek nilai akhlak dan nilai moral serta ilmu pengetahuan disasarkan kepada semua golongan masyarakat tidak kira bangs a, ras dan agama. Aspek kerohanian disasarkan kepada masyarakat khususnya golongan Muslim dan aspek keadilan pula disasarkan kepada golongan atasan yakni raja dan pegawai yang memegang tampuk kepimpinan dan pentadbiran negara. Dapat disimpulkan bahawa konsep insaniah Sa'di al- Shirazi bertepatan dengan suruhan Allah SWT agar melakukan kebaikan di atas muka bumi untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan ganjaran di akhirat,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 117
Call Number: BJ1533.H9.A35 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.