Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475594
Title: Persepsi kakitangan pusat dakwah islamiah terhadap konsep negara zikir dan pendekatannya di Brunei Darussalam
Authors: Dayang Hjh Ummi Fa'izah Hj Abdul Rahman
Supervisor: Prof. Dr. Badlihisham Mohd Nasir
Keywords: Pusat dakwah islamiah
Konsep zikir
Dakwah di Brunei
Islam and state -- Brunei
Islam and state -- Qurʼanic teaching
Issue Date: 22-Aug-2011
Description: Konsep 'Negara Zikir' telah diperkenalkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui titah baginda pada bulan Disember 2007. Oleh kerana konsep itu merupakan sesuatu yang baru, timbul isu ketidak jelasan persepsi dan ketidak kefahaman dikalangan masyarakat tentang maksud konsep Negara Zikir tersebut. Kesan daripada ke tidak jelasan persepsi ini akan melambatkan hasrat negara untuk menjadi sebuah Negara Zikir yang dijangkakan pada tahun 2014. Justeru kajian ini antara lain bertujuan untuk menjelaskan maksud konsep Negara Zikir dalam Islam, mengenal pasti pendekatan konsep Negara Zikir yang telah dijalankan di Brunei Darussalam oleh Pusat Dakwah Islamiah. Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu kajian perpustakaan dan kajian tinjauan. Kajian tinjauan melibatkan 130 orang responden yang terdiri daripada kakitangan Pusat Dakwah Islamiah Brunei Darussalam. Instrumen kajian ialah soal selidik yang dibina dan ditetapkan sendiri oleh penyelidik berdasarkan ciri-ciri sebuah Negara Zikir. Data telah diproses menggunakan perisisan statistik berbantukan komputer untuk menghasilkan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan konsep Negara Zikir adalah satu istilah yang sangat baru dan tidak pemah disebut oleh mana-mana pemimpin negara Islam di dunia ini. Hasil kajian penyelidik juga menunjukkan bahawa Pusat Dakwah Islamiah sentiasa menambah dan mempelbagai aktiviti dakwah mereka sejak konsep Negara Zikir diumumkan. Persepsi responden terhadap konsep Negara Zikir secara umum adalah pada skala yang sangat baik. Walaubagaimanapun, persepsi terhadap pendekatan konsep Negara Zikir di Brunei Darussalam adalah pada skala yang sederhana dan hendaklah diperbaiki lagi.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 173
Call Number: BP173.6.D347 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.