Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475592
Title: Pengaruh dan Sumbangan A. Hassan Terhadap Institusi-Institusi Sunnah di Indonesia
Authors: Chandra Deruja
Supervisor: Dr. Fadlan bin Mohd Othman
Keywords: Institusi sunnah Indonesia
Sumbangan A. Hassan
Islam Indonesia
Scholars
Muslim -- Indonesia -- Biography
Issue Date: 17-May-2012
Description: Kajian ini adalah kajian tokoh, iaitu Ahmad Hassan atau yang lebih akrab dikenal dengan A. Hassan dilihat dari aspek pengaruh dan sumbangannya terhadap institusi- institusi yang menitikberatkan sumber al-Quran dan al-Sunnah, baik dalam skop teori mahupun aplikasi. Institusi-institusi yang dimaksudkan dalam kajian ini dihadkan kepada Institusi Muhammadiyah, Institusi al-Irsyad dan Institusi Persatuan Islam yang secara langsung berkaitan dan merasakan pengaruh dan sumbangan A. Hassan di dalam bentuk lintasan pemikiran dan karya-karyanya yang digunakan oleh institusi- institusi tersebut dalam pengajian. Kajian ini bermatlamat mengenal pasti pengaruh dan sumbangan A. Hassan terhadap Institusi Muhammadiyah, Institusi Al-Irsyad dan Institusi Persatuan Islam melalui wacana pembaharuan di Indonesia. Pengkaji juga menganalisis secara objektif pandangan A. Hassan terhadap sumber-sumber syariat Islam, terutama yang berkaitan dengan Sunnah, penerapan dan penggunaannya dalam pengajian, serta mengklasifikasi sumbangan A. Hassan dalam bentuk karya-karya tulisannya yang digunapakai oleh institusi-institusi yang disebut secara khusus dan masyarakat Islam Indonesia. Untuk mendapatkan data-data dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kajian kepustakaan dengan menganalisis dokumen yang berkaitan dengan karya-karya A. Hassan melalui beberapa tesis dan disertasi kesarjanaan serta beberapa karya-karya beliau sendiri di perpustakaan peribadinya di Bangil. Daripada kajian yang dilakukan, pengkaji menemukan wujudnya pengaruh dan sumbangan A. Hassan yang kemudian dirasakan keberkesanannya oleh Institusi Muhammadiyah, Institusi Al-Irsyad dan Institusi Persatuan Islam di Indonesia. Seterusnya, A. Hassan juga telah memberi pandangan-pandangan yang cukup kemas dan berani yang berkaitan dengan sumber-sumber syariat Islam dalam menyingkap fenomena keislaman masyarakat Islam Indonesia melalui keterlibatannya yang aktif dalam debat, dialog dan penulisan. Kajian ini amat penting dari aspek warisan khazanah keilmuan A. Hassan serta kesungguhan beliau dalam menerapkan al-Sunnah dalam segenap aspek kehidupan umat Islam; suatu perkara yang perlu dicontohi oleh pelajar dan penuntut bidang Hadith dan Sunnah mas a kini.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 151
Call Number: BP80.H347.C484 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.