Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475590
Title: Kemestian pendaftaran perkahwinan Islam Indonesia dan implikasinya dari segi hukum Islam
Authors: Zulfadhli Lubis
Supervisor: Prof. Madya Dr. Hashim bin Mehat
Keywords: Perkahwinan Islam Indonesia
Pendaftaran perkahwinan Islam
Hukum Islam
Marriage (Islamic law) -- Indonesia
Domestic relations (Islamic law) -- Indonesia
Issue Date: 27-Sep-2012
Description: Keperluan kepada pendaftaran perkahwinan sebagai syarat sah sesuatu perkahwinan telah menjadi satu permasalahan serius dalam hukum nikah kahwin Islam di Indonesia kerana kerajaan telah menjadikan pendaftaran perkahwinan sebagai salah satu syarat sah nikah. Hal ini memberi kesan kepada anak yang dilahirkan daripada perkahwinan yang tidak didaftarkan kerana mereka dianggap sebagai anak tidak sah taraf. Objektif kajian ini ialah mengkaji status perkahwinan Islam yang tidak berdaftar menurut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam ( KHI ) di Indonesia sekaligus menganalisis sejauhmana keperluan pendaftaran tersebut selari dengan falsafah perundangan dan hukum Islam. Kajian juga membahas implikasi yang timbul daripada aplikasi KHI terhadap anak, isteri dan harta sepencarian. Penyelidikan ini menggunakan metod kualitatif yang berasaskan kajian perpustakaan, berbentuk analisis deskriptif disamping metod analisis kandungan. Hasil kajian mendapati wujudnya pertentangan antara hukum Islam dengan perundangan keluarga Islam ( KHI ) di Indonesia. Pengkaji mendapati bahawa menjadikan pendaftaran sebagai salah satu syarat sah nikah kepada orang Islam adalah bertentangan dengan UUD-45 dan hukum Islam. Antara implikasinya adalah menjadikan anak tersebut tidak sah taraf (berketurunan sebelah ibu sahaja), isteri yang dinikahi bukan isteri yang sah dan suami atau isteri tidak akan mendapatkan harta sepencarian bila berlaku kematian dan perceraian kerana perkahwinan itu dianggap tidak berlaku.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 86
Call Number: BP158.M3.Z84 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.