Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475588
Title: Sistem pengajaran dan pembelajaran tarannum al-quran di STAI-PIQ
Authors: Dasrizal
Supervisor: al-Fadil Dr. Ahamad Asmadi bin Sakat
Keywords: Tarannum quran
Sumatera Barat
Qur'an -- Recitation
Issue Date: 25-May-2012
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pelaksanaan sistem pengajaran dan pembelajaran Tarannum al-Quran di ST AI-PIQ Sumatera Barat. Kajian merangkumi pengetahuan pensyarah terhadap pedagogi, kekerapan penggunaan teknik pengajaran, kekerapan penggunaan Alat Bantu Mengajar, penggunaan buku rujukan, persepsi mahasiswa terhadap kepentingan pengajian Tarannum, persepsi mahasiswa terhadap kemampuan mengajar pensyarah, dan tahap kepuasan hati pelajar terhadap prasarana pengajian Tarannum. Kaedah kualitatif dan kuantitatif telah dipilih sebagai kaedah kajian. Kajian ini melibatkan 4 orang pensyarah Tarannum dan 130 orang mahasiswa. Instrumen kajian terdiri daripada temu bual separa berstruktur dan soal selidik. Data- data yang diperoleh melalui temu bual dianalisis secara tematik menggunakan kaedah deduksi dan induksi, manakala data-data yang diperoleh melalui soal selidik dianalisis menggunakan statistik deskriptif [peratusan, min dan sisihan lazim] dan statistik inferensi [ujian-t] menggunakan perisian SPSS versi 19.0. Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya menyingkap sistem pengajaran dan pmbelajaran Tarannum di ST AI-PIQ Sumatera Barat dengan melihat kelebihan dan kekurangan yang perlu diatasi dan diperbaiki dari masa ke semasa. Statistik inferensi mendapati 2 daripada 8 pemboleh ubah dalam hipotesis nul menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kumpulan yang dibandingkan. Pada akhir kajian, pengkaji mendatangkan penilaian keseluruhan kajian dan cadang-cadangan bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran Tarannum yang sedia ada.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 136
Call Number: BP131.6.D346 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.