Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475581
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zalinda Othman, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Muhammad Fansuri Mohd Zahari (P63388) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:40:08Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:40:08Z | - |
dc.date.issued | 2014-05-29 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:75480 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475581 | - |
dc.description | Ramalan permintaan adalah proses mengganggarkan bilangan keperluan pada masa hadapan. Proses ini penting kepada sesebuah industri bagi mengelakkan berlaku terlalu berlebihan atau pengurangan dalam pengeluaran. Teknik ramalan yang digunakan ketika ini iaitu Pendapat Pakar, tidak berkesan dalam membantu mengoptimumkan bilangan pengeluaran sebaliknya masih berlaku berlebihan pengeluaran sehingga produk menghampiri tarikh luput dan akhirnya tidak dapat digunakan. Oleh itu, kajian ini akan membuat perbandingan di antara beberapa teknik ramalan antaranya teknik ramalan statistik terpilih iaitu Pelicinan Eksponen Tunggal (Single Exponential Smoothing, SES), Dwi Pelicinan Eksponen (Double Exponential Smoothing, DES), teknik Kepintaran Buatan iaitu Rangkaian Neural Buatan (Artificial Neural Network, ANN) dan akhir sekali iaitu teknik Pertimbangan Pakar. Daripada hasil keputusan, kiraan ralat menggunakan pengiraan Min Peratus Ralat Mutlak (Mean Absolute Percentage Error, MAPE), Min Sisihan Mutlak (Mean Absolute Deviation, MAD) dan Min Ralat Kuasa Dua (Mean Square Error, MSE) akan dikira dan nilai terkecil MAPE, MAD dan MSE menunjukkan ralat kurang dihasilkan maka teknik tersebut merupakan teknik yang terbaik daripada perbandingan teknik lain yang terlibat. Pendekatan diuji pada syarikat farmaseutikal dimana data dikumpul dari syarikat farmaseutikal itu sendiri. Kajian pada teknik ramalan DES mendapati dua keadaan iaitu DES1 dan DES2 mewakili kombinasi parameter alpha dan beta masing-masing (0.9, 0.8) dan (0.9, 0.9). Keputusan ramalan mendapati teknik ramalan ANN menunjukkan ralat terendah dengan nilai MAPE sebanyak 12.68%, MAD sebanyak 30.95 dan nilai MSE sebanyak 1671.32. Keputusan ramalan ANN ini dibandingkan dengan hasil ramalan SES, DES1, DES2 dan Pertimbangan Pakar masing-masing dengan ralat MAPE sebanyak 43.35%, 42.24%, 49.66%, dan 53.71%. Keputusan ini diikuti nilai ralat MAD masing-masing sebanyak 54.29, 62.70, 71.59, 50.03 dan nilai ralat MSE masing-masing sebanyak 3997.39, 5941.80, 7633.92 dan 3575.08. Merujuk kepada keputusan ramalan, ia menunjukkan bahawa ANN memberikan prestasi yang terbaik berbanding teknik lain yang diuji.,Master/Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Perbandingan teknik | - |
dc.subject | Teknik ramalan | - |
dc.subject | Ramalan permintaan | - |
dc.subject | Industri farmaseutikal | - |
dc.subject | Farmaseutikal | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia--Dissertations | - |
dc.title | Perbandingan teknik ramalan permintaan di industri farmaseutikal | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 98 | - |
dc.identifier.barcode | 001028 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.